Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Johan Dion Cools meneruskan rentak cemerlang bersama kelab Denmark, FC Midtjylland dalam saingan Danish Super League.
Pada perlawanan menentang AC Horsens semalam, Dion menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa kedua sekaligus memberikan tiga mata kepada Midtjylland.
Kemenangan ke atas Horsens membolehkan Midtjylland kekal di tangga kedua, satu mata di belakang Brøndby yang ketika ini menjadi pendahulu dengan kutipan 34 mata.
Setelah menyertai Midtjylland, Dion pada mulanya sedikit sukar untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.
Namun, setelah menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini, Dion mendapat kepercayaan sekaligus menjadi pilihan untuk membarisi kesebelasan utama pasukan.
Pada perlawanan liga yang seterusnya, Midtjylland akan turun menentang AaB Aalborg di laman lawan.
Melihat kepada prestasi yang ditampilkan Dion pada perlawanan terakhir, beliau hampir pasti untuk mengekalkan tempat dalam kesebelasan utama.
Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain Asia di Eropah di sini:
Luka Elsner Mahu Luqman Hakim Berikan Saingan Kepada Pemain Lain
Jaami Qureshi Tandatangani Kontrak Selama Dua Tahun Bersama Brighton & Hove Albion