Pemain tengah Manchester United, Nemanja Matic tidak terkejut melihat Cristiano Ronaldo memecahkan rekod yang dipegang oleh Josef Bican. Dia berkata Ronaldo seorang pemain yang sentiasa bekerja keras dan apa yang dicapainya adalah hasil kerja kerasnya.

Ronaldo menyamaai rekod Bican dan kemudian memecahkannya pada hari yang sama.

Manchester United meraih kemenangan penting ke atas Spurs dalam aksi Liga Inggeris dalam usaha mereka mahu mengejar slot ke UCL musim hadapan.

Manchester United berjaya menewaskan Tottenham di Old Trafford dengan jaringan 3-2 hasil hatrik Cristiano Ronaldo.

Tiga gol Ronaldo menjadikan dia 807 gol. Ini mengatasi rekod Josef Bican sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman mengikut rekod rasmi FIFA.

Matic berkata: “Saya rasa Cristiano layak memecahkan rekod itu.”

“Saya fikir setiap hari dia menunjukkan betapa profesionalnya dia sebagai pemain bola sepak. Dia adalah contoh yang baik untuk pemain muda.”

Seterusnya Matic berkata rekod 807 gol itu membuatkan tiadak seorang pun boleh menafikan bahawa Ronaldo adalam pemain terbaik sepanjang zaman ataupun GOAT.

“Selepas menjaringkan lebih 800 gol, tiada siapa yang boleh meragui kemampuannya lagi.”

“Dia berada di tahap tertinggi selama 20 tahun dan saya tidak fikir mana-mana pemain lain melakukan perkara itu dalam sejarah bola sepak,” tambah Matic.

Dalam aksi yang berlangsung di Old Trafford, Ronaldo kembali semula ke dalam pasukan selepas disisihkan daripada aksi derbi Manchester kerana kecederaan.

Seperti yang dinyatakan, Ronaldo mencetak hatrik pertamanya untuk Manchester United selepas kepulangan semulanya dalam pasukan.

Hatrik itu juga merupakan hatrik ke-59 dalam sejarah karier Ronaldo.

Spurs sempat membalas 2 gol menerusi penalti Harry Kane dan jaringan sendiri oleh kapten Manchester United, Harry Maguire.

Red Devils akan menentang Atletico Madrid pada aksi kedua pusingan 16 terakhir UCL, di mana agregat ketika ini masih seri 1-1.