Ben Jacobs dari CBS Sports melaporkan bahawa Manchester United yakin akan dapat menandatangani Victor Osimhen dari Napoli.

Pemain yang memiliki gaya permainan yang lasak, bertenaga dan sangat tajam di hadapan gol.

Osimhen kini menjadi pemain yang paling mengujakan di Itali. Dia sedang mengetuai Napoli dalam kedudukan terbaik untuk memenangi Scudetto pertama sejak 1990.

Beberapa bulan lalu, Napoli menyatakan bahawa mereka ada tanda harga tersendiri untuk pemain itu. Dan harga itu adalah €150 juta.

Menurut Napoli mereka tidak terdesak menjual penyerang tersebut, namun sedia melepaskan jika pemain itu mahu pergi. Tetapi permintaan harga harus dituruti.

Manchester United masih mencari pengganti Cristiano Ronaldo di posisi no.9.

Walaupun Marcus Rashford cemerlang di hadapan gol, namun pemain itu lebih kepada penyerang sayap.

United pada pertengahan musim mendapatkan Wout Weghorst secara pinjaman. Dan tiada tanda tanda pemain itu akan menjadi penyerang utama dalam projek Erik Ten Hag.

Osimhen dianggap calon terbaik mengetuai serangan United bersama sama dengan Antony dan Marcus Rashford.

Manchester United sedar bahawa persaingan mendapatkan Osimhen adalah sengit. Termasuk dari Chelsea dan Arsenal yang turut dikaitkan dengan pemain itu.

Beberapa minggu lalu, Osimhen mendedahkan, untuk pemain dari benua Afrika seperti beliau, mereka banyak mengikuti Liga Perdana Inggeris semasa kecil, dan impian untuk bermain di EPL itu sentiasa dekat di hati mereka.

Pada ketika ini, Manchester United disifatkan obses mahu mendapatkan Osimhen.

https://twitter.com/TransfersIntel/status/1641075891634618374

Pemain itu ketika ini menegaskan bahawa dia kekal fokus untuk memastikan Napoli menjadi juara Serie A musim ini. Pada masa yang sama masih ada pertandingan UCL untuk mereka lalui.

Selain daripada Osimhen, Manchester United turut cuba untuk mendapatkan beberapa tenaga baharu lagi bagi menguatkan lagi pasukan mereka musim akan datang.