Fabrizio Romano mengesahkan bahawa Manchester United telah menyelesaikan perpindahan pemain pertahanan Feyenoord, Tyrell Malacia dan kini menunggu pengumuman rasmi kepada umum.
Tyrell Malacia pada asalnya dikatakan akan menyertai Lyon. Feyenoord dilaporkan telah mencapai persetujuan lisan dengan kelab Perancis itu.
Tetapi Manchester United segera memintas Lyon daripada mendapatkan pemain itu.
Manchester United membayar EUR17 juta keseluruhannya. Di mana EUR15 juta dibayar secara tetap sementara EUR2 juta lagi sebagai bonus tambahan yang akan dibayar pada akhir musim.
Tyrell Malacia to Manchester United, here we go! Agreement reached on personal terms, waiting to sign the contracts soon for €15m plus €2m add-ons to Feyenoord. Malacia will be first signing of ten Hag era. 🚨🔴 #MUFC
OL deal hijacked, as revealed on Tuesday – now confirmed. pic.twitter.com/ZKHtg62C7B
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 1, 2022
Manchester United tidak mengambil masa yang lama untuk mencapai persetujuan dengan Feyenoord yang kemudian menyerahkan kepada pemain itu tentang mana satu pilihannya.
Rundingan seharusnya diselesaikan lebih awal. Namun Malacia dikatakan menukar ejennya, itu yang membuatkan rundingan sedikit lambat.
Wartawan terkenal Belanda, Marcel van der Kraan menegaskan bahawa, United sudah mencapai kesepakatan dengan pemain itu. Dan berkata gaji tidak menjadi masalah kepada United.
Malacia baru berusia 22 tahun. Pemain tersebut bermain di posisi bek kiri.
Selepas memuktamadkan perjanjian Malacia, Man United masih berharap akan dapat menyelesaikan perpindahan Frenkie De Jong.
Selain itu mereka juga cuba memenangi persaingan mendapatkan Lisandro Martinez dari Ajax yang turut menjadi buruan pasukan seteru se-liga mereka iaitu Arsenal.
Man United juga masih memburu beberapa lagi sasaran lain dalam usaha mereka memperkuatkan lagi pasukan yang sedia ada untuk kembali bersaing dalam EPL dan mahu kembali semula ke UCL musim akan datang.