Manchester United dilaporkan sedang merancang untuk merobohkan Old Trafford dan membina stadium baharu di tapak yang sama
Old Trafford sudah menjadi markas Manchester United sejak 1910 dan masih lagi menjadi salah sebuah stadium paling popular di dunia.
Namun ada beberapa bahagian di dalam stadium tersebut semakin usang. Di mana berlaku banyak kerosakan pada fasiliti termasuk masalah bumbung yang bocor.
Old Trafford dilihat jauh di belakang stadium stadium moden seperti Stadium Tottenham dari segi kecanggihan dan fasiliti.
Oleh sebab itu pengurusan tertinggi United kini membincangkan 3 opsyen yang mungkin untuk menjadikan markas Manchester United kembali disegani dan menjadi Teater Impian sebenar.
Pertimbangan ini termasuk kemungkinan akan merobohkan stadium tersebut dan membina stadium yang baharu di situ.
Yang kedua adalah membina semula seksyen South Stand yang akan dibina di atas landasan tren di belakangnya.
Sementara opsyen ketiga adalah untuk mengekalkan struktur stadium tersebut namun ianya akan diperbaiki dan direnovasi secara besar besaran termasuk tempat duduk penyokong dan juga anjung koporat stadium tersebut di kesemua 4 seksyen tempat duduk penyokong.
Daily Mail melaporkan bahawa, keluarga Glazer lebih suka dengan idea untuk membina semula South Stand. Dan buat masa ini, Daily Mail turut menyatakan bahawa ianya juga pilihan utama kebanyakan peminat Manchester United yang tidak mahu Old Trafford dirobohkan.
Jika itu berlaku, maka Old Trafford akan menambah kapasitinya daripada 74,000 kepada 80,000.
Selain itu idea untuk merobohkan stadium akan memberikan banyak masalah lain. Antaranya, Manchester United perlu mencari stadium sementara untuk dijadikan markas mereka.
Sebelum ini Arsenal dan Spurs menjadikan Wembley sebagai markas utama mereka sementara menunggu stadium mereka siap. Namun jelas sekali Wembley bukan opsyen untuk United kerana Man United berada di barat laut England.
Lagipun Arsenal dan Spurs tidak menumpang lama di Wembley pada masa itu kerana stadium lama mereka masih boleh digunakan memandangkan ianya bukan di atas tapak yang sama.
Tiada stadium di bandar Manchester yang mampu menampung kapasiti penyokong Man United pada ketika ini. Yang ada hanyalah Stadium Manchester City iaitu Stadium Etihad. Tetapi buat masa ini, ianya tiada dalam perancangan United.