David De Gea ketika ini masih kekal sebagai penerima gaji terbesar dalam pasukan Manchester United. Beliau mendapat gaji tinggi itu dalam kontrak yang beliau tandatangani sebelum ini.

Namun The Athletic melaporkan bahawa, ada segelintir lembaga pengarah dalam kelab mulai mengakui menyesal kerana telah memberikan gaji terlampau tinggi kepada De Gea.

United menawarkan gaji tinggi pada ketika itu kerana mereka mahu mengikat pemain itu daripada pergi ke kelab lain terutama sekali Real Madrid.

Walaupun Madrid sudah mendapatkan Courtois pada ketika itu, namun kelab itu dikatakan masih berminat dengan De Gea selepas permulaan karier yang sukar untuk Courtois.

Namun Real Madrid akhirnya memberikan kepercayaan kepada Courtois dan tidak berminat untuk De Gea. Courtois berjaya mendapatkan semula prestasinya dan membantu Real Madrid menjuarai La Liga.

Penyesalan oleh lembaga pengarah United bukan kerana prestasi De Gea. Tetapi lebih kepada struktur gaji. Di mana gaji De Gea dikatakan telah merosakkan struktur gaji di kelab itu.

Sedangkan mereka baru sahaja melepaskan Alexis Sanchez yang menerima gaji sangat besar dikatakan mencecah £550k seminggu jika kesemua bonus berjaya dicapainya.

De Gea menerima gaji £375k seminggu. Dan tertinggi pada ketika ini. Oleh kerana gaji De Gea yang sangat tinggi, beberapa pemain mulai menjadikan gaji De Gea sebagai penanda aras. Antaranya Paul Pogba.

mbappepogba-cropped_1l55v5lgb5k5e1ruqp3aleibir

Pogba kini menerima £290k seminggu. Sebelum ini Mino Raiola percaya bahawa Pogba paling berhak menerima gaji tertinggi kerana dia pemain terbaik dan berkelas dunia dalam pasukan United.

United baru sahaja mendapatkan Jadon Sancho dengan memberikan gaji £350k seminggu kepada pemain muda England itu.

10 Penerima Gaji Tertinggi Di United Didedahkan, Sancho Kedua Tertinggi

De Gea, selepas melanjutkan kontrak beliau pada 2019, menunjukkan prestasi menurun berbanding sebelum ini. Beliau kehilangan tempat dalam kesebelasan utama United pada akhir musim lalu dan kemudian gagal menjadi penjaga gol no.1 Sepanyol.

Ole Gunnar Solskjaer masih tidak memberikan jaminan bahawa De Gea akan menjadi pilihan utama pada musim baharu. Namun mengesahkan bahawa mereka mahu pemain itu terus kekal bersama dengan Manchester United.

Dalam kontrak dari 2019 sehingga 2023 itu, De Gea dijamin mendapat £75 juta menerusi gaji.

Dean Henderson yang menjadi pilihan utama Ole Gunnar Solskjaer pada akhir musim lalu bertekad mahu mempertahankan kedudukannya.

Baca juga artikel

Varane Mahu Ke Man United, Tolak Lanjutkan Kontrak Di Bernabeu

Wijnaldum Kutuk Penyokong Liverpool Di Media Sosial, Nafi Ke PSG Kerana Wang

Bale Tekad Cabar Tempat Dalam Kesebelasan Utama Real Madrid