Manchester United telah memutuskan untuk mengaktifkan klausa beli balik / buy back clause yang ada pada James Garner.

Baca Juga:

Garner dijual ke Everton sebelum ini dan dalam kontrak itu ada klausa beli balik bernilai £15 juta.

Manchester United kini kehilangan Mason Mount kerana kecederaan.

Mount yang baru dibeli dengan nikai £65 juta telah mengalami kecederaan yang dijangka akan membuatkan dia berehat sekitar 3 minggu.

Kecederaan Mount membuatkan United kekurangan opsyen di bahagian tengah. Dengan mereka masih gagal mendapatkan Sofyan Amrabat dari Fiorentina.

Garner merupakan pemain yang sangat cemerlang bersama dengan skuad akademi Man United. Ketika kelab menjual pemain itu dahulu, ianya ditentang ramai pihak kerana potensi yang ada padanya.

Kini pemain itu berpeluang kembali semula ke pangkuan Red Devils untuk menjadi pemain tengah kelab itu. Kini Man United masih memerlukan lampu hijau daripada James Garner untuk mengaktifkan klausa beli balik itu.

Jika Garner dan United mencapai persetujuan maka Everton tiada hak untuk menghalangnya.

Erik Ten Hag mahu memastikan pasukannya memiliki squad depth yang cukup sejak dari awal musim lagi. Ten Hag mahukan kestabilan dalam skuadnya.

Ini untuk membolehklan United konsisten bersaing kejuaraan dan mengejar trofi musim ini.

Man United ada pilihan Scott McTominay untuk bahagian tengah. Namun pemain itu pun masih belum pasti akan kekal pada jendela perpindahan kali ini.

Kerana Ten Hag sudah menyenaraikan namanya bersama Fred sebagai untuk dijual. McTominay pemain yang kurang meyakinkan Ten Hag musim lalu kerana seringkali membuat kesilapan pada fasa pressing.