Manchester United menentang salah sebuah pasukan musuh lama mereka iaitu Nottingham Forest di Old Trafford dan mereka berjaya bangkit daripada ketinggalan dua gol awal.
Baca Juga:
- Arsenal Diikat Babak Akhir Perlawanan Oleh 10 Pemain Fulham
- ACL 2023/24: BG Pathum United Akui JDT Lawan Yang Sukar
- Liga Super 2023: Terikat 3-3, Kedah Rencatkan Pesta Awal JDT
Red Devils memulakan perlawanan dengan agak teruk. Mereka ketinggalan 2 gol dalam masa empat minit pertama.
Taiwo Awoniyi meletakkan pelawat di hadapan minit ke-2 lagi selepas menanduk masuk sepakan penjuru Gibbs-White.
Gol kedua turut tercetus daripada bola mati. Namun kali ini bola tidak terus sampai kepada penjaring gol. Bermula daripada sepakan percuma yang dihantar ke dalam, berlaku pergelutan antara pemain dan Boly menyumbat masuk bola.
Man United jelas lemah dengan pertahanan ketika berdepan hantaran lintang. Aspek itu tidak menggembirakan Erik Ten Hag,
Man United hampir dibolosi gol ketiga menerusi bola lintang namun dikeluarkan Casemiro.
Man United berjaya merapatkan jurang gol menerusi gol Christian Eriksen minit ke-17 hasil perancangan kemas Marcus Rashford.
Separuh masa pertama berakhir 2-1 memihak pelawat.
Separuh masa kedua kisah berbeza. Forest hilang disiplin ketika bertahan. Casemiro merapatkan jurang minit ke-52.
Kemudian Notthingham Forest dikurangkan kepada 10 pemain selepas pemain cemerlang mereka Joe Worral dibuang padang.
Forest terus hilang disiplin ketika bertahan apabila mereka memberikan penalti kepada Man United yang disudahkan dengan mudah oleh Bruno Fernandes pada minit ke-76.
Manchester United tidak menurunkan tempo mereka dan terus mencari gol keempat dalam permainan ini. Namun perlawanan berakhir dengan 3-2.
Manchester United haven't lost a Premier League match in their last 20 games at home 🤯
Erik ten Hag has made Old Trafford a fortress ⚔️ pic.twitter.com/L3794LAPyi
— ESPN FC (@ESPNFC) August 26, 2023
Man United berjaya melengkapkan aksi penuh debar dengan bangkit daripada ketinggalan dua gol.
Dalam satu lagi aksi melibatkan Arsenal dan Fulham, The Gunners terikat 2-2 dalam aksi yang dramatik.