Pemain antarabangsa England, Harry Maguire akhirnya secara terbuka menyatakan bahawa Manchester United mahu memenangi trofi pada musim ini.
Baca Juga:
- FIFA Puji Semangat Kesukanan Penyokong Malaysia
- Analisis: Fluiditi Thailand vs Malaysia Yang Gugup
- Ten Hag: Keyakinan Maguire Bersama England Perlu Dibawa Ke Man United
Harry Maguire membuat penampilan penuh apabila Manchester United bertemu Charlton Athletic pada pusingan suku akhir Piala Carabao 2022/23.
Di mana United menang 3-0 ke atas kelab League One tersebut di stadium keramat mereka Old Trafford.
Beraksi di tempat sendiri, Red Devils mendominasi permainan secara keseluruhan. Di mana mereka menguasai sehingga 70 peratus bola, melepaskan 21 percubaan. Sebanyak lima daripadanya, tepat pada sasaran.
Maguire turun bergandingan dengan Lisandro Martinez di hadapan Tom Heaton.
Dan dia mulai berani bercakap tentang memenangi trofi untuk Manchester United pada musim ini. Menurut Maguire, mereka harus memenangi trofi musim ini kerana itu adalah DNA sebenar Manchester United, yang seharusnya sentiasa dahagakan piala.
Maguire berkata: “Kelab ini harus memenangi trofi. Kelab ini bercakap tentang kemenangan. Sudah terlalu lama untuk peminat, kakitangan dan pemain menunggunya,” kata Maguire.
🗣 "This club is about winning trophies." 🏆🔴
Harry Maguire says Manchester United take every competition seriously as the club chase their first trophy in six years pic.twitter.com/4fbanMXZQl
— Football Daily (@footballdaily) January 10, 2023
Maguire akui terkilan melihat Manchester United sudah lama kemarau trofi. Sudah tiba masanya, Maguire dan rakan rakan menamatkan kemarau tersebut.
Maguire menambah: “Kami perlu memandang serius setiap pertandingan. Kami masih aktif dalam setiap pertandingan musim ini. Musim lalu adalah bencana dalam semua pertandingan.”
United membuka jaringan seawal minit ke-4 menerusi Antony. Namun terpaksa menunggu sehingga ke masa kecederaan untuk menambah 2 lagi gol menerusi seorang lagi bintang dalam prestasi terbaiknya, Marcus Rashford.
Menjadikan Rashford sebagai bintang Manchester United pertama menjaringkan gol dalam 8 perlawanan berturut turut dalam semua pertandingan selepas Wayne Rooney pada 2010.
Marcus Rashford is the first Manchester United player to score in eight straight home games since Wayne Rooney in 2010 🤯
He's playing on another level right now 📈 pic.twitter.com/9mENBeqrox
— ESPN FC (@ESPNFC) January 10, 2023
Pasukan Erik Ten Hag akan bertemu Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris. Perlawanan derbi Manchester itu akan berlangsung di Old Trafford. Manchester United berada dalam momentum terbaik untuk menjamu kunjungan Manchester City.