Bulan lepas, Persatuan Bola Sepak UAE (UAE FA) secara rasmi telah memperkenalkan ketua jurulatih yang berpengalaman iaitu Jorge Luis Pinto yang berasal dari Colombia sebagai salah satu misi memburu tempat ke saingan Piala Dunia 2022.
Pinto adalah antara nama besar dalam bola sepak kerana beliau pernah membimbing Costa Rica dalam Piala Dunia 2014 dan Colombia dalam Copa America.
Sejak itu, mereka melakukan persiapan awal dengan memanggil 28 pemain ke kem latihan pusat yang bermula pada bulan Ogos lepas. Pasukan ini turut berlepas ke Serbia untuk menjalani latihan dan mengadakan perlawanan persahabatan di sana.
Dalam satu temubual eksklusif bersama agensi berita UAE, Pinto yakin UAE akan layak ke Piala Dunia 2022 berdasarkan kualiti pemainnya. Malah, mereka juga turut diperkuatkan oleh beberapa pemain naturalisasi seperti Fabio de Lima dan Sebastian Tigaliabue.
“Saya suka cabaran dan saya percaya segalanya tidak mustahil. Anda boleh capai matlamat itu kalau kamu fokus dan sabar.
“Saya sangat optimis dan gembira denagn sokongan yang diberikan oleh UAE FA dan juga para penyokong. Sudah tentu ada banyak cabaran, tetapi saya suka cabaran,” katanya.
‘I’M OPTIMISTIC, THIS EXCEPTIONAL TEAM WE CAN MAKE IT TO WORLD CUP 2022’: UAE HEAD COACH@JorgeLPintoA https://t.co/eHqGse36cN pic.twitter.com/4PZ8RAuzwA
— UAEFA (@uaefa_ae) September 27, 2020
Ketika ditanya mengenai perancangannya selepas ini, beliau mendedahkan UAE akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Kuwait dan Uzbekistan pada bulan Oktober.
Pinto diberikan tugas untuk memperbaiki kedudukan dalam kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bagi memburu slot ke pusingan ketiga selepas pasukan itu hanya mampu mengutip 6 mata daripada 4 perlawanan yang diharungi.
Saingan kelayakan Piala Dunia 2022 akan kembali semula pada tahun depan dan lawan yang ditemui UAE selepas ini ialah Malaysia. Pinto tekad jadikan skuad Harimau Malaya sebagai mangsa yang pertama untuk mengutip 3 mata penuh.
“Kami sedang meningkatkan kepantasan pemain, memperbaiki corak permainan dan mencuba pelbagai taktikal.
“Tanpa menghiraukan kedudukan semasa dalam kumpulan, kami akan pastikan impian ke Piala Dunia jadi kenyataan. Kami mempunyai pemain yang luar biasa dan bersemangat, dan kami mendapat semua sokongan padu daripada Persatuan Bola Sepak UAE dan yang lebih penting lagi, peminat yang sangat setia,” tambahnya.
Selepas bertemu Malaysia, UAE akan terbang ke Jakarta bertemu Indonesia. Sebelum ini mereka tewas 1-2 kepada Thailand dan 0-1 kepada Vietnam.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Piala AFF Suzuki 2020 Akan Berlangsung Pada Pertengahan Tahun Hadapan
BG Pathum United Kekal Rekod Tanpa Kalah, Momentum Padu Kejar Slot AFC Champions League 2021
Ketum PSSI Letak Sasaran Indonesia Juara AFF Cup 2020 Tahun Depan