Saingan Piala AFF Suzuki edisi 2020 yang ditunda ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19) akan berlangsung pada pertengahan tahun hadapan, lebih tepatnya pada 11 April hingga 8 Mei.
Saingan Piala AFF sepatutnya berlangsung pada hujung tahun ini namun ekoran situasi semasa pandemik COVID-19 di beberapa negara Asia Tenggara yang masih belum surut, Konfederasi Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) memutuskan untuk menangguhkan saingan tersebut ke tahun hadapan.
Format pertandingan masih dikekalkan dimana pasukan perlu beraksi di tempat lawan dan juga laman sendiri sepanjang kejohanan berlangsung.
Situasi di atas bergantung kepada keadaan semasa dan pasukan Task Force akan sentiasa memantau bagi memastikan para pegawai serta pemain berada dalam keadaan yang selamat.
Presiden AFF, Major General Khiev Sameth berkata beliau gembira para ahli memberikan sokongan serta kejasama penuh sekaligus badan tersebut berjaya mendapatkan tarikh akhir bagi melangsungkan kejohanan terbabit.
Pada saingan edisi 2018, Vietnam muncul juara selepas menewaskan Malaysia di peringkat akhir dengan keputusan 3-2 secara agregat.
Baca artikel lain mengenai saingan Piala AFF Suzuki di sini:
Media Thailand Senaraikan 5 Pengganti Chanathip Songkrasin Bagi Hadapi Piala AFF Suzuki 2020
Warrix Jalin Kerjasama Dengan Piala AFF Suzuki 2020, Jadi Pembekal Rasmi Bola Dan Jersi