Saingan Thai League musim 2020 secara rasmi dilancarkan dalam satu majlis yang diadakan sebentar tadi di Lido Siam Square dengan penuh gilang gemilang, mirip kepada Kick-Off Conference yang dilakukan oleh J.League.
Mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa Thai League banyak mengambil pengaruh atau pun inspirasi dari Jepun dalam saingan liga bola sepak mereka mungkin kerana hubungan yang cukup rapat atau penglibatan banyak syarikat-syarikat besar dari negara matahari terbit itu.
Saksikan montaj pelancaran saingan Thai League 2020 dibawah.
Musim 2020 ini, saingan divisyen tertinggi Thai League iaitu Toyota Thai League akan membawakan aksi hebat pertembungan diantara 16 buah pasukan untuk merebut kejuaraan.
Apa yang lebih menarik, 2 pemain Malaysia iaitu Dominic Tan dan juga Norshahrul Idlan Talaha turut akan beraksi dalam saingan tertinggi bola sepak Thailand itu, justeru Toyota Thai League 2020 akan menjadi tumpuan di Malaysia khasnya.
Bagi saingan divisyen 2 pula atau lebih dikenali sebagai M-150 Championship akan melibatkan sebanyak 18 pasukan bertanding serta pengenalan kepada saingan Omsin League Pro (Thai League 3) dan Omsin League (Thai League 4).
Perebutan takhta saingan Thai League 1 dan Thai FA Cup terutamanya akan menjadi lebih hebat musim ini apabila 2 pasukan yang muncul sebagai juara akan layak secara automatik ke saingan peringkat kumpulan AFC Champions League musim 2021 nanti, selain 2 lagi slot untuk saingan peringkat kelayakan play-off 2.
Buriram United pastinya akan cuba sedaya upaya untuk menrampas kembali kejuaraan dari Chiangrai United seterusnya menebus kehampaan layak ke saingan berprestij Asia musim 2021 nanti.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Thailand yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Thailand Atur Perlawanan Persahabatan Dengan Pasukan Kebangsaan Panama Pada Bulan Mac 2020
RASMI: Teerasil Dangda Sah Menyertai Shimizu S Pulse, Pemain Ke-3 Thailand Dalam J1 League 2020