Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) baru-baru ini baru sahaja mengumumkan secara rasmi melalui laman sosial Facebook rasmi mereka berkenaan dengan perlawanan persahabatan yang telah diaturkan pada 30 Mac 2020 nanti.
Skuad bimbingan Akira Nishino telah disahkan akan berdepan dengan pasukan kebangsaan Panama di Bangkok untuk mengisi slot kalendar perlawanan antarabangsa FIFA selepas mereka turun bertemu Indonesia pada 26 Mac 2020 dalam pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Bagi pasukan Panama yang ketika ini berada dikedudukan ke 81 dunia, perlawanan bertemu Thailand ini adalah perlawanan persahabatan yang ke 4 untuk mereka dalam tempoh 40 hari selepas mereka dijadualkan untuk bertemu;
1. Nicaragua – 25 Febuari 2020
2. Guatemala – 5 Mac 2020
3. Curacao – 26 Mac 2020
4. Thailand – 30 Mac 2020
Dalam kedudukan kumpulan G saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Thailand berada ditempat ke-3 dibelakang Malaysia dan Vietnam namun perebutan sebagai juara dan 4 naib juara terbaik masih lagi terbuka untuk 4 pasukan kecuali Indonesia yang sudah terkeluar dari persaingan.
Pasukan Panama dari perspektif FIFA Ranking berada dikedudukan lebih rendah dari pasukan UAE yang pernah ditewaskan oleh pasukan Thailand dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 yang lalu dan berkemungkinan mereka tidak mempunyai banyak masalah berdepan Panama nanti.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Thailand yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
RASMI: Teerasil Dangda Sah Menyertai Shimizu S Pulse, Pemain Ke-3 Thailand Dalam J1 League 2020
Chanathip Songkrasin Muncul Rakyat Thailand Pertama Dilantik Sebagai Duta Mastercard