Selepas beberapa minggu menunggu pengumuman dari Shimizu S Pulse, hari ini secara rasmi mereka telah mengesahkan perpindahan masuk penyerang tersohor dari Thailand, Teerasil Dangda.
Berdasarkan laporan yang diterima, tawaran sekitar RM3 juta dari Shimizu S Pulse pada awalnya telah ditolak oleh pihak pengurusan SCG Muangthong United, namun kelab yang berpangkalan di Shizuoka itu tidak berputus asa dan telah membuat tawaran baru selepas itu.
Sekitar pertengahan bulan Januari 2020, tersebar satu berita dimana sebuah pasukan bola sepak profesional di Shizuoka sedang mencari penterjemah bahasa Thai-Jepun, dan perkara ini menyebabkan ramai pemerhati mula sedar bahawa rundingan diantara kedua-dua buah kelab berlaku dengan positif.
Memasuki minggu ke-3 bulan Januari, Teerasil Dangda dilaporkan ditawarkan kontrak penuh 2 tahun bersama Shimizu S Pulse dan beliau berlepas ke Jepun tidak lama selepas itu bagi menjalani ujian perubatan.
Selepas hampir seminggu berada bersama skuad Shimizu S Pulse dalam kem latihan pra-musim, akhirnya Teerasil Dangda diumumkan sebagai pemain baru mereka dengan jersi nombor 23.
Teerasil Dangda akan mengisi slot pemain dari Nation Partners J.League dan beliau seperti juga Chanathip Songkrasin dan Theerathon Bunmathan tidak akan dikira sebagai pemain import dalam saingan J1 League.
Pada musim 2018, Teerasil Dangda telah berjaya mengikat kontrak pinjaman bersama pasukan Sanfrecce Hiroshima dan telah melakukan 32 penampilan, merekodkan 1,578 minit masa bermain dan menjaringkan 6 gol.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Thailand yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
SCG Muangthong United ‘Reject’ Tawaran Shimizu S Pulse Untuk Pinjam Teerasil Dangda
Shimizu S Pulse Mula Mencari Penterjemah Bahasa Thai, Teerasil Dangda Hampir Pasti Ke J1 League