Penyerang tersohor SCG Muangthong United kini diambang untuk kembali beraksi dalam saingan J1 League selepas kelab Shimizu S Pulse dilaporakn telah bersetuju menawarkan kontrak kekal selama 2 musim.
Berdasarkan beberapa laporan media di Thailand dan Jepun, Teerasil Dangda dijangka akan berlepas ke Shizuoka, Jepun esok untuk menjalani ujian perubatan bersama Shimizu S Pulse dan pada hari yang sama pengumuman rasmi akan turut diadakan.
Sebelum ini pada musim 2018, Teerasil Dangda telah berjaya mengikat kontrak pinjaman bersama pasukan Sanfrecce Hiroshima dan telah melakukan 32 penampilan, merekodkan 1,578 minit masa bermain dan menjaringkan 6 gol.
Jumlah jaringan 6 gol itu juga membolehkan beliau berada dibelakang penjaring terbanyak Sanfrecce Hiroshima musim 2018 iaitu Patric dengan catatan 20 gol semusim.
Dapat diperhatikan juga bahawa, pemain-pemain utama Thailand mampu untuk menyesuaikan diri dengan pantas apabila berada di Jepun terutamanya pemain-pemain seperti Chanathip Songkrasin dan Theerathon Bunmathan termasuk Teerasil Dangda yang tidak berdepan banyak masalah ditempat asing.
Dengan penghijrahan Teerasil Dangda ke Shimizu S Pulse ini menjadikan 3 bekas pemain tonggak utama kelab SCG Muangthong United kini sama-sama beradu tenaga bersama pasukan masing-masing dalam saingan liga diantara yang terbaik di rantau Asia.
Impak dari prestasi dan sikap yang dipamerkan oleh mereka ini akan banyak membuka jalan atau memudahkan pemain-pemain yang lain untuk ditawarkan tempat bersama kelab Jepun khususnya dalam saingan J1 League.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Pemain U17 Jepun, Jun Nishikawa Dijangka Tandatangan Kontrak Bersama Barcelona Bulan Depan
Lihat 2 Slot Pengiklanan Di Stadium Kelab Divisyen 4 Jepun Yang Mungkin Kita Terlepas Pandang.