Daniel Levy nampaknya sudah memberitahu Harry Kane bahawa Tottenham Hotspur tidak akan sesekali menjualnya ke Manchester United kerana peristiwa pahit ketika rundingan penjualan Berbatov.

Baca Juga:

Kontrak Harry Kane masih ada kira kira satu tahun setengah lagi. Namun penyerang antarabangsa England itu masih belum melanjutkan kontrak baharunya bersama kelab tersebut.

Kane dilaporkan masih dalam pertimbangan untuk kontrak baharu. Dan akan memutuskannya pada awal 2024 sama ada dia akan melanjutkan kontrak ataupun tidak.

Jika itu berlaku, Spurs bakal kehilangan Kane secara percuma pada Jun 2024.

Oleh sebab itu Spurs sudah sedia untuk menjual Harry Kane pada jendela perpindahan akan datang.

Menurut laporan The Times, Tottenham tidak akan menjual Kane ke kelab pesaing dalam Liga Perdana Inggeris terutama sekali Manchester United.

Ini kerana Daniel Levy menganggap pengalaman berunding dengan Manchester United ketika penjualan Dmitar Berbatov dahulu sebagai pengalaman yang teruk dan tak sedia berunding dengan kelab itu lagi untuk Harry Kane.

Harry Kane yang baru sahaja memecahkan rekod Jimmy Greaves sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab, kemungkinan merasakan tugasannya di Spurs sudah selesai.

Kerana sebelum ini Kane memang mahu memecahkan rekod Jimmy Greaves dalam sasaran peribadinya.

Cuma yang agak konflik, Kane juga mahu terus kekal di EPL untuk memecahkan rekod Alan Shearer sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam EPL.

Levy pastinya tidak mahu melihat Kane menyertai mana mana kelab EPL lain. Dan sedia menawarkan kontrak lumayan untuk timbalan kapten kelab itu yang sudah bergelar legenda.

Manchester United sudah lama mengidamkan Harry Kane menyertai mereka. Dan kelab itu sekali lagi dikaitkan dengan kapten antarbangsa England itu.

Ketika ini Man United baru sahaja mendapatkan Wout Weghorst sebagai pelan jangka pendek kelab itu sementara mendapatkan penyerang no.9 yang baharu.