Skuad Harimau Malaya dijangka mendapat suntikan semangat daripada lebih 300 penyokong setia yang akan berada di Stadium Gelora Bung Karno (SUGBK) untuk memberi sokongan padu ketika perlawanan menentang Indonesia dalam aksi sulung kempen kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 pada 5 September ini.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh portal bola sepak Indonesia, sebanyak 364 tiket yang diperuntukkan untuk penyokong Malaysia telah berjaya dijual setakat semalam dan jumlah itu akan meningkat menjelang hari perlawanan.
https://www.instagram.com/p/B16B1niAQpb/
Jaminan keselamatan yang diberikan oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) memberi keyakinan tinggi kepada penyokong untuk hadir ke Jakarta selain tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai suasana hebat perlawanan tumpuan tersebut.
Melalui pengumuman di laman sosial rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), para penyokong tempatan boleh mendapatkan tiket tersebut dengan harga RM112.75 sekeping dan tempat duduk boleh dipilih semasa membuat tempahan. Tempahan tiket boleh dibuat melalui pautan disini.
Namun harga itu masih belum lagi termasuk dengan caj tempahan sebanyak RM4 yang dikenakan pada halaman check-out menjadikan jumlah harga bagi sekeping tiket untuk penyokong dari Malaysia di SUGBK adalah RM116.75 sekeping.
Menurut laporan daripada CNN Indonesia, jualan tiket perlawanan itu belum mencapai angka 40,000 walaupun PSSI telah mengumumkan diskaun 20 peratus untuk harga tiket bagi kategori 2.
“Sejak kelmarin (1 September), belum sampai 40 ribu tiket yang terjual. Hari ini saya belum dapat angka yang sebenar. Kemungkinan jualan tiket akan laris pada hari perlawanan
“Tetapi tiket yang dikenakan diskaun itu sudah habis. Setakat ini, trend pembelian tiket pada setiap hari agak positif. Daripada jumlah kapasiti stadium, 88 peratus daripadanya merupakan pemegang tiket kategori 2 dan 3,” kata penjual tiket tersebut.
Difahamkan, PSSI telah menyediakan sekitar 70,000 tiket untuk perlawanan tersebut. Harga bagi kategori 1 hingga 3 adalah sekitar 125,000 Rupiah (RM36.80), 175,000 Rupiah (RM51.60), dan 350,000 Rupiah (RM103.20). Manakala bagi kelas VIP pula, tiket berharga 750,000 Rupiah dan 1 juta Rupiah (RM300.00).
Tinggal 2 hari lagi skuad Harimau Malaya akan menentang Indonesia dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022. Klik pautan di bawah untuk baca artikel yang lebih menarik.
Indonesia Hilang Khidmat Dua Pemain Naturalisasi Sebelum Hadapi Malaysia
Sumareh Tak Sabar Turun Beraksi Di Stadium Gelora Bung Karno
Matthew Davies Yakin Posisi Pertahanan Kanan Miliknya, Sedia Bertarung Di Gelora Bung Karno