Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan kos keseluruhan untuk membaik pulih Stadium Shah Alam mencecah RM250 Juta.
Menurut Datuk Seri Amirudin, kos untuk menggantikan bumbung polikarbonat serta pendawaian elektrik pada bumbung stadium sahaja mencecah RM30 juta.
“Saya selalu berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk baiki stadium (Shah Alam) dan sebagainya. Memang perlukan masa agak panjang, paling tidak untuk ubah bumbung (stadium) sahaja mengambil masa antara empat sehingga enam bulan untuk disiapkan.
“Kalau kita ingin membaiki bumbung, kita juga perlu lihat proses pendawaian pada keseluruhannya sebab ia akan mendedahkan kesemua wayar elektrik (di sekitar bumbung stadium).
“Sebab itu kita minta pasukan Selangor berpindah sementara ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebelum kembali ke Stadium Shah Alam pada 2022 atau 2023,” katanya menurut laporan Berita Harian.
FAS memutuskan untuk menjadikan Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) sebagai venue sementara bagi skuad Red Giants sambil menunggu Stadium Shah Alam diperbaiki.
Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon berkata pihaknya sudah berbincang dengan MBPJ mengenai perkara tersebut.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
“Pengurusan Kelab Tidak Menyokong, Tetapi Saya Mahu Beri Peluang Kepada Luqman”
RASMI: Luqman Hakim Sah Milik KV Kortrijk, Tandatangan Kontrak 5 Tahun Dianggarkan Bernilai 7 Angka