Liverpool tewas di tangan Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield walaupun memiliki penguassaan bola yang sangat tinggi.
Liverpool turut melepaskan 27 percubaan ke arah gol, enam daripadanya adalah tepat. Berbanding Burnley yang hanya melakukan 6 percubaan dan 4 tepat.
Jaringan penalti pada babak akhir perlawanan oleh Ashley Barnes membuatkan Liverpool merana.
Ianya juga merupakan kekalahan pertama Liverpool di Anfield dalam hampir 4 tahun – dalam aksi Liga Perdana Inggeris.
Liverpool's Premier League home record since 23rd April 2017:
DWWWDDWWDDDWWWDWWWWDWWWWDWWWWWWWDWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWDWWWWWWWWDDL
Sean Dyche masterclass. pic.twitter.com/6pV6ZyEkfs
— oddschecker (@oddschecker) January 21, 2021
Kekalahan itu juga menjadikan Liverpool masih tersekat di kedudukan keempat dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris. Enam mata di belakang Manchester United di puncak liga.
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyatakan bahawa kekalahan kali ini adalah berpunca daripada beliau sendiri.
“Kami kalah dalam perlawanan yang kami rasa sangat tidak mungkin kami akan kalah, tetapi kami kalah.”
“Itu semua kerana salah saya. Tugas saya adalah memastikan para pemain mempunyai perasaan dan keyakinan yang tepat. Namun, itu tidak berjalan lancar,” kata Klopp.
“Kami mempunyai penguasaan bola tinggi dan mencipta beberapa situasi yang baik, tetapi penyudah dan ‘decision making’ kami tidak betul.”
“Saya mengatakan hal yang sama minggu lalu. Apabila sesuatu tidak berjalan lancar, anda harus berusaha lebih keras, lebih lama dan lebih kerap dan membuat keputusan yang lebih baik.”
“Sayangnya kami gagal melakukannya malam ini.”
Baca juga perkembangan lain
EPL: Rekod Kebal Liverpool Di Anfield Terkulai Di Tangan Burnley
Juve Juara Piala Super Itali, Pirlo Julang Piala Pertama Sebagai Pengurus