Andrea Pirlo menikmati kejuaraan pertamanya sebagai pengurus hanya beberapa bulan dalam musim pertamanya bersama dengan Juventus.

Juventus menewaskan Napoli dalam aksi finale Piala Super Itali. Di mana The Old Lady menang bergaya 2-0 ke atas Napoli.

Selain daripada trofi istimewa Pirlo sebagai pengurus, ini juga perlawanan final yang mempertemukan Pirlo dengan rakan karibnya, Gennaro Gattuso.

Laporan perlawanan

Juventus memulakan ancaman awal menerusi percubaan jarak jauh Cristiano Ronaldo.

Kemudian, Napoli mempunyai dua peluang berbahaya. Andrea Petagna melakukan tandukan bahaya yang diselamatkan Wojciech Szczesny.

Ronaldo sekali lagi mengancam gawang Napoli. Namun tetap gagal menghasilkan gol yang dicari.

Bersambung pada babak kedua, pemain gantian Bernardeschi memberikan ancaman kepada Ospina. Bekas penjaga gol Arsenal tersebut berjaya melakukan aksi menyelamat.

Cristiano Ronaldo terus menjadi perhatian. Ini apabila penyerang veteran itu menjadi pencetak gol pertama perlawana – ย memecahkan kebuntuan pada minit ke-64.

Lorenzo Insigne berpeluang menyamakan kedudukan selepas itu, namun sayangnya penalti beliau tidak masuk.

https://twitter.com/i/status/1352008542702678022

Napoli mendapat penalti setelah VAR menyatakan bahawa Weston McKennie melakukan kekasaran ke atas Dries Mertens.

Ketika Napoli sedang rancak menyerang, Juventus menghukum mereka dengan serangan balas yang disempurnakan oleh gaya klasik Alvaro Morata.

Tamat perlawanan, Juventus menjulang kejuaraan Piala Super Itali buat kali kesembilan selepas kali terakhir memenanginya pada 2018.

Cristiano Ronaldo gembira menambah satu lagi koleksi pialanya di Itali.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Screamer Pogba Lengkapkan Kebangkitan United Ke Puncak

Chelsea Mahukan Erling Braut Haaland

Ibrahimovic: Bagus, Lepas Ni Lawan Kami Gerun Dengan Dua Orang Pula, Saya Dan Mandzukic