Pengarah Urusan Chelsea, Marina Granovskaia dilaporkan berminat untuk membawa masuk Erling Haaland ke dalam pasukan The Blues.
Buat masa ini Chelsea memiliki dua orang nombor sembilan yang utama iaitu Tammy Abraham dan Olivier Giroud memandangkan Timo Werner kerap diturunkan di bahagian sayap.
Kontrak semasa Haaland menyatakan bahawa pemain tersebut akan memiliki klausa pelepasan pada 2022.
Chelsea are willing to break their transfer record to sign Erling Haaland from Borussia Dortmund in the summer, according to The Athletic 🤑 pic.twitter.com/hQWdGbbU08
— GOAL (@goal) January 18, 2021
Klausa pelepasan tersebut dianggap sangat rendah untuk kualiti prospek panas seperti Haaland iaitu sekitar £67 juta.
Namun Chelsea akan cuba membawa masuk pemain tersebut sekiranya prestasi The Blues terus menggusarkan. Itu bermakna Chelsea perlu membayar dengan harga lebih mahal.
Chelsea kini sudah menelan enam kekalahan dalam Liga Perdana Inggeris musim ini selepas berbelanja lebih £220 juta dalam jendela perpindahan yang lalu.
Tetapi Chelsea akan berdepan dengan persaingan daripada Real Madrid dan beberapa kelab lain lagi.
Namun situasinya ketika ini, ejen kepada Haaland, Mino Raiola menyatakan agak mustahil untuk melihat pemain itu meninggalkan Dortmund. Kerana Haaland sangat gembira bermain di sana.
Haaland dikatakan sedia untuk terus kekal di Dortmund sekurang kurangnya sehingga kontrak semasa beliau tamat pada 2024.
Namun apa sahaja boleh berlaku. Marina Granovskaia sebelum ini pernah mendapatkan bintang Amerika Syarikat, Christian Pulisic dari Signal Iduna Park.
Baca juga perkembangan lain
Ibrahimovic: Bagus, Lepas Ni Lawan Kami Gerun Dengan Dua Orang Pula, Saya Dan Mandzukic
Piala Super Sepanyol: Athletic Bilbao Hampakan Barcelona, Messi Kutip Kad Merah