Apa sudah jadi dengan juara bertahan Liverpool?
Selepas beberapa rekod buruk yang dicipta dalam perlawanan sebelum ini, kali ini rekod kebal di Anfield pula menjadi korban kerana ketumpulan mereka di hadapan gol.
Burnley turun ke Anfield dengan mengharapkan untuk membawa sebarang mata dari Anfield.
Jurgen Klopp menukar barisan serangannya dengan memasukkan Divock Origi dalam kesebelasan utama.
Liverpool memulakan perlawanan dengan penguasaan perlawanan seperti biasa. Namun tidak ada penyudah yang tajam.
Peluang terbaik Liverpool hadir menerusi Divock Origi dalam situasi 1 lawan 1. Malangnya Divock Origi gagal untuk menyempurnakan peluang terhidang. Rembatannya terkena palang gol.
Liverpool melakukan 26 percubaan ke arah gol dalam perlawanan ini. Namun tidak satu pun mampu menewaskan Nick Pope.
Nick Pope melakukan 6 saves secara keseluruhan dalam perlawanan ini.
Sebaliknya Burnley yang bertahan sepanjang malam, mendapat peluang pada separuh masa kedua apabila Ashley Barnes dijatuhkan Alisson di dalam kotak penalti pada babak akhir perlawanan.
Barnes sendiri melaksanakan tugasan tersebut dan berjaya menyempurnakannya.
https://twitter.com/LiveFootN/status/1352375238684778497
Liverpool cuba mendapatkan gol penyamaan pasda minit minti akhir namun Burnley terus kental bertahan.
Burnley menang 0-1 dari Anfield. Dan mengakhiri rekod tanpa kalah Liverpool dalam 68 perlawanan dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield.
Rekod di mana, hampir 4 tahun Liverpool tak kalah di stadium keramat mereka.
Liverpool's Premier League home record since 23rd April 2017:
DWWWDDWWDDDWWWDWWWWDWWWWDWWWWWWWDWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWDWWWWWWWWDDL
Sean Dyche masterclass. pic.twitter.com/6pV6ZyEkfs
— oddschecker (@oddschecker) January 21, 2021
Liverpool selepas ini akan berhadapan dengan Manchester United dalam aksi Piala FA diikuti perlawanan big six berhadapan dengan Tottenham Hotspur.
Dengan prestasi semasa mereka, sudah pastinya peminat Liverpool resah dengan apa yang berlaku.
Baca juga perkembangan lain
Juve Juara Piala Super Itali, Pirlo Julang Piala Pertama Sebagai Pengurus