Manchester City kehilangan khidmat Sergio Aguero dan Kevin De Bruyne menjelang waktu penting untuk persaingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Sergio Aguero mengesahkan dirinya dijangkiti koronavirus selepas mengalami beberapa gejala dan perlu menjalani kuarantin di rumahnya.
“Selepas satu kontak rapat, saya telah mengasingkan diri dan ujian terbaru yang saya ambil positif untuk Covid-19.”
After a close contact, I've been self-isolating and the latest test I took was positive for COVID 19. I had some symptoms and I'm following doctor's orders for recovery. Take care, everyone!
— Sergio Kun Aguero (@aguerosergiokun) January 21, 2021
“Saya mengalami beberapa gejala dan saya mengikuti arahan doktor untuk pemulihan. Berjaga-jaga, semuanya!”
Ianya tamparan hebat buat Aguero dan Man City. Pemain tersebut baru sahaja pulih daripada kecederaan lututnya. Aguero sebelum ini berehat panjang kerana kecederaan tersebut.
Aguero akan terlepas aksi berdepan dengan Chetelnham dalam saingan Piala FA dan kemudian aksi berdepan West Brom dalam Liga Perdana Inggeris. Di mana City kini berkelebihan dengan baki perlawanan yang mereka miliki.
Seterusnya Man City juga kini meratapi senarai kecederaan terbaru yang menimpa playmaker mereka, Kevin De Bruyne.
Pemain tersebut dilaporkan mengalami kecederaan hamstring. Walaupun ia bukan kecederaan serius namun De Bruyne dijangka bakal berehat 2 sehingga 3 minggu.
100 – Kevin De Bruyne has now assisted 100 goals in all competitions for Manchester City, 31 more than any other Premier League player since making his debut for the club. Royalty. pic.twitter.com/QAs70G77oz
— OptaJoe (@OptaJoe) January 17, 2021
De Bruyne sangat penting untuk City musim ini – sama seperti musim musim sebelumnya. Malah pada satu ketika De Bruyne bermain sebagai false number nine.
De Bruyne bukan sahaja pemain yang sarat dengan kualiti teknikal, namun beliau sangat penting kepada pasukan secara mentaliti.
Baca juga perkembangan lain
EPL: Rekod Kebal Liverpool Di Anfield Terkulai Di Tangan Burnley
Juve Juara Piala Super Itali, Pirlo Julang Piala Pertama Sebagai Pengurus