Peluang terbaik untuk mencipta satu lagi sejarah kini sedang menanti pasukan bola sepak Kuala Lumpur (KL City) apabila mereka bakal mara ke perlawanan akhir Antara Zon (Inter-Zone) jika berjaya menewaskan PSM Makassar di perlawanan akhir Zon ASEAN Piala AFC 2022 (AFC Cup) pada 24 Ogos ini.
Pasukan yang dinobatkan sebagai juara Zon ASEAN sepatutnya bertemu kelab dari India, ATK Mohun Bagan di peringkat separuh akhir Antara Zon namun ATK Mohun Bagan tidak dibenarkan beraksi kerana Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) telah digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ekoran campur tangan pihak ketiga dalam organisasi tersebut.
Penggantungan tersebut bermakna skuad kebangsaan India dan kelab dari negara itu tidak boleh beraksi dalam mana-mana pertandingan yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) seperti Piala Asia 2023, AFC Champions League atau Piala AFC selain tidak boleh menganjurkan temasya Piala Dunia Wanita B-17 tahun.
ATK Mohun Bagan can't play AFC Cup, Gokulam Kerala the women's Asian club meet and India friendlies cancelled#FIFA #AIFF
✍️ @DhimanHThttps://t.co/JUYcdKYVBf
— HT Sports (@HTSportsNews) August 16, 2022
Jika KL City berjaya ke perlawanan akhir Antara Zon, mereka akan bertemu pemenang di peringkat separuh akhir Antara Zon sama ada kelab dari Hong Kong, Eastern SC atau kelab dari asia tengah seperti Khujand (Tajikistan) dan Sogdiana Jizzakh (Uzbekistan) pada 5 Oktober 2022.
Pemenang perlawanan akhir Antara Zon pula akan bertemu wakil daripada zon Asia Barat di perlawanan akhir untuk penentuan sebagai juara Piala AFC 2022. Berdasarkan rekod, wakil Liga Malaysia pernah menjuarai Piala AFC melalui Johor Darul Ta’zim (JDT) pada tahun 2015.
Tidak mustahil KL City mengulangi pencapaian tersebut sekaligus meningkatkan lagi jumlah mata dalam kedudukan ranking MA. Ini akan meletakkan Liga Malaysia dalam kedudukan 3 teratas terbaik Asia Timur di belakang Jepun dan Korea Selatan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.
Gol Jarak Jauh Sean Selvaraj Dihantar Ke FIFA Untuk Pencalonan Anugerah PUSKAS
RASMI: Selangor Umum Nidzam Jamil Sebagai Ketua Jurulatih Sementara