Peminat bola sepak India meluahkan rasa tidak puas hati mereka di media sosial apabila satu-satunya wakil negara itu, ATK Mohun Bagan mempamerkan prestasi hambar selepas tewas 1-3 kepada KL City di separuh akhir Antara Zon Piala AFC 2022 semalam.
Baca Juga:
- Bojan Hodak: KL City Tiada Tekanan Hadapi ATK Mohun Bagan
- Abang Pogba Dan Dimitri Petratos Perkuat ATK Mohun Bagan Lawan KL City
- KL City Lakar Sejarah Mara Ke Final Antara Zon Piala AFC 2022
- Piala AFC 2022: KL City Juara Zon ASEAN, Bawa Pulang 100,000 USD
Walaupun, skuad kendalian Juan Ferrando menguasai perlawanan sejak separuh masa pertama namun mereka gagal mengekang kemaraan jentera serangan KL City yang cukup berbahaya di kawasan kotak penalti.
Semuanya bermula apabila mereka berjaya menyamakan kedudukan di minit ke 89 menerusi Fardin Ali Molla namun jaringan tersebut tidak bertahan lama selepas Fakrul Aiman dan Romel Morales menjaringkan gol kemenangan sekaligus menyingkirkan Mohun Bagan daripada saingan Piala AFC 2022.
Tinjauan di ruang komen laman media sosial rasmi kelab tersebut, mendapati kebanyakan penyokong menyalahkan barisan pertahanan yang diketuai oleh Florentin Pogba yang juga abang kepada pemain Juventus, Paul Pogba sebagai punca pasukan itu bolos dengan mudah di minit akhir perlawanan.
Pogba dikatakan pemalas lambat turun ke bawah dan kerap terlepas bola sehingga digelar sebagai ‘Lord Pogba’ dalam kalangan penyokong kerana disifatkan sebagai indah khabar dari rupa.
First embraced nationally
Now embarrassing internationally.
Better invest on youth footballers rather than spending crores on lazy old man Pogba. https://t.co/APdpjfTEAl— Ruplekha (@surbhihrithikfa) September 7, 2022
Malah, ada juga penyokong yang menyamakan Florentin Pogba dengan Harry Maguire kerana bermain terlalu teruk dan tidak mencapai tahap seperti yang dimahukan.
Selain Pogba, pemain pertahanan skuad kebangsaan India, Subhasish Bose turut menjadi mangsa kecaman penyokong ATK Mohun Bagan kerana membiarkan Romel Morales menjaringkan gol ketiga di masa kecederaan.
Beliau juga menjadi punca KL City berjaya menjaringkan gol pertama serta kedua dan juga digelarkan sebagai ‘Lord Subhasis’ dalam kalangan penyokong itu.
Lebih melucukan, terdapat juga peminat bola sepak India mencadangkan agar ATK Mohun Bagan ditukar nama kepada Lord Mohun Bagan kerana mempunyai terlalu ramai pemain yang bergelar ‘Lord’ dalam satu pasukan.
Kekalahan juara Zon Asia Selatan itu bukan sahaja mengecewakan tetapi turut meranapkan impian peminat bola sepak India untuk menyaksikan ranking MA AFC diperbaiki bagi memburu slot tambahan ke AFC Champions League (ACL).
Hasil kemenangan 3-1 tersebut, KL City telah menempah tiket ke Final Antara Zon menentang kelab Uzbekistan, Sogdiana Jizzakh pada 5 Oktober 2022. Skuad kendalian Bojan Hodak itu tinggal selangkah lagi untuk mara ke final Piala AFC bagi penentuan sebagai juara.