Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan sebarang masalah untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala FA 2022 selepas menewaskan Penang, 6-1 di Stadium Sultan Ibrahim.
Pesta gol JDT bermula pada minit ke 20 menerusi rembatan Bergson Da Silva selepas memanfaatkan percubaan Fernando Forestieri yang terkena tiang.
20' GOL | Bergson meletakkan JDT di depan selepas percubaan Fernando Forestieri terkena tiang gol.@OfficialJohor 1-0 @Penang_FC #PialaFA2022 pic.twitter.com/mEHcomSy6T
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 5, 2022
Belum sempat Penang mengatur gerakan, Stadium Sultan Ibrahim sekali lagi bergegar dengan sorakan padu penyokong JDT apabila Forestieri menambah gol kedua menerusi rembatan kencang dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol lawan, Hafizul Hakim.
Forestieri turut meraikan gol dengan berlari ke kawasan tempat duduk penonton untuk memberi penghargaan kepada Fernando Rodriguez yang telah dilepaskan oleh Harimau Selatan kerana bakal menyertai kelab Liga Indonesia.
24' GOL | Fernando Forestieri menjaringkan gol keenam peribadinya dalam saingan Piala FA 2022!@OfficialJohor 2-0 @Penang_FC#PialaFA2022 pic.twitter.com/vhJpPdZBqg
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 5, 2022
Penang yang dikendalikan oleh Dato Zainal Abidin Hassan jelas tiada idea untuk menembusi benteng pertahanan JDT yang dikawal oleh gandingan Adam Nor Azlin, Shahrul Saad dan Shane Lowry. Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Memasuki separuh masa kedua, pemain paling bernilai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021 iaitu Arif Aiman mengejutkan peminat bola sepak tempatan apabila menambah 2 lagi gol pada minit ke 48, dan 51.
48' & 51' GOL | Arif Aiman akhirnya membuka akaun gol musim 2022 dengan dua jaringan pada permulaan babak kedua!@OfficialJohor 4-0 @Penang_FC #PialaFA2022 pic.twitter.com/5uqjjIAb2R
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 5, 2022
Bagaimanapun, Penang juga sempat bangkit untuk menjaringkan gol pertama pada minit ke-54 selepas bola tandukan Hilal Alhelwe tepat kepada Lucas yang menanduk bola menewaskan penjaga gol, Farizal Marlias.
Namun kebangkitan Penang FC tersentak pada minit ke-63 selepas tindakan Arif Aiman yang menerima bola umpanan Foresrtieri bertindak menggelecek dua pemain pertahanan pasukan pelawat sebelum merembat bola leret menyaksikan bola terkena kaki Ahmad Sukri Ab Hamid sekaligus menghasilkan jaringan hatrik pertama beliau musim ini.
62' GOL | Hatrik Arif Aiman!@OfficialJohor 5-1 @Penang_FC #PialaFA2022 pic.twitter.com/U4cLstw69g
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 5, 2022
Tuan rumah melengkapkan malam gemilang selepas bola sepakan deras Syahmi Safari menyaksikan Rafael Vitor tertampan bola ke gawang sendiri dan kedudukan 6-1 kekal memihak skuad Harimau Selatan.
JDT perlu menunggu lawan mereka di perlawanan akhir pada hari esok sama ada Terengganu atau Selangor yang akan berentap di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.
Piala FA: 10 Buah Bas Penyokong Penang Menuju Ke Selatan Untuk Beri Sokongan Padu
Tiket ‘Online’ Separuh Akhir Piala FA Terengganu Menentang Selangor Habis Dijual
Gol Jarak Jauh Sean Selvaraj Tarik Perhatian Media Antarabangsa
Liga Super 2022: Amri Yahyah Wira Kebangkitan Sabah Atasi Melaka