Tahun 2021 sudah tiba. Setiap orang pasti mempunyai azam untuk dicapai, begitu juga dengan Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (Ketum PSSI), Mochamad Iriawan atau dipanggil sebagai Iwan Bule.

Iwan Bule memiliki harapan tinggi pada tahun baru 2021. Beliau ingin melihat skuad kebangsaan Indonesia menampilkan prestasi cemerlang di pentas dunia.

Sebagai orang nombor satu di PSSI, ada tiga harapan yang ingin dicapai oleh beliau untuk kemajuan bola sepak Indonesi iaitu wabak pandemik COVID-19 sudah berakhir, stadium kembali dipenuhi penonton dan skuad Indonesia juara di pentas dunia.

“Meskipun kita telah lalui tahun 2020 yang sukar, semoga 2021 pandemik COVID-19 segera berakhir.

“Semoga di 2021, kita semua boleh memenuhi stadium dan skuad Indonesia juara di pentas dunia. Semoga di 2021, mimpi kita jadi nyata,” katanya melalui sebuah video di laman instagram PSSI hari ini.

ketum-pssi-preskon-sty-_x600
Ketua Umum PSSI, Mochamad Iriawan alias Iwan Bule. (Foto: PSSI).

Pada tahun 2021, ada beberapa kejohanan besar bakal dihadapi oleh skuad Garuda. Bermula dengan kejohanan AFC B-16, AFC B-19, Kelayakan Piala Asia B-23, Piala AFF hingga Kelayakan Piala Dunia 2022.

Namun, kejohanan AFC B-16 dan AFC B-19 kemungkinan dibatalkan setelah badan bola sepak dunia, FIFA mengumumkan penangguhan Piala Dunia B-20 yang sepatutnya berlangsung di negara itu ke tahun 2023. Justeru itu, tumpuan mereka akan beralih pada skuad senior yang akan mengadapi UAE, Vietnam dan Thailand.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Persija Jakarta Diundi Sebagai Kelab Paling Popular Di Asia Tenggara

Media Jepun Dedahkan Bekas Pemain Kashima Antlers, Masashi Motoyama Setuju Sertai Kelantan United

Irfan Fandi Tandatangani Kontrak Jangka Panjang Bersama BG Pathum United