Kelab Thailand, BG Pathum United memberikan kontrak lanjutan kepada pemain pertahanan skuad kebangsaan Singapura, Irfan Fandi bagi menghadapi separuh masa kedua saingan Thai League 1 tahun hadapan.
Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab menerusi laman media sosial rasmi dimana Irfan menandatangani kontrak jangka masa panjang namun BG tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kontrak baharu tersebut.
ตอบแทนผลงาน! บีจี ปทุมฯ ต่อสัญญาระยะยาวอิรฟาน ฟานดี้ https://t.co/F7qNSA0OGZ #BGFC ผ่าน @BGNewsUpdate pic.twitter.com/JjNYNMWEMi
— BGPU OFFICIAL (@bgpuofficial) December 29, 2020
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, BG Pathum menyatakan prestasi baik yang ditampilkan oleh anak legenda Singapura, Fandi Ahmad itu menjadi faktor utama mengapa mereka memberi kontrak lanjutan kepada Irfan.
Pada masa yang sama, Irfan nyata gembira kerana dapat terus beraksi bersama BG Pathum dan beliau mengucapkan terima kasih kerana pihak kelab percaya dengan kemampuan serta kualiti yang dimilikinya.
“BG Pathum mempunyai sistem pengurusan yang baik dimana mereka menjaga pemain dengan baik dan sebab itu saya setuju untuk menandatangani kontrak jangka masa panjang. Saya sudah sedia untuk berjuang bersama kelab hebat ini,” kata Irfan.
Irfan Fandi mula beraksi bersama BG Pathum pada musim 2019 lalu dimana beliau sebelumnya beraksi di saingan Singapore Premier League (SPL) bersama Home United.
Sejak itu, Irfan menjadi pilihan untuk diturunkan di benteng pertahanan bersama pemain import dari Brazil, Victor Cardozo dan seterusnya membentuk trio gandingan bersama seorang lagi pemain import dari Venezuela, Andres Tunez yang ditandatangani dari Buriram United pada awal musim ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Thai League 1 di sini: