Kem Sheikh Jassim tampil mengesahkan bahawa laporan yang menyatakan bahawa mereka sudah berjaya menjadi pemilik baru Manchester United – sebagai tidak berasas.
Baca Juga:
- Usahawan Qatar Ucap Tahniah Kepada Sheikh Jassim Sebagai Pemilik Baru Man United
- Sheikh Jassim Hantar Bidaan Terakhir: “Terima Atau Biarkan”
- Piala Asia 2023: Malaysia Bakal Berdepan Pasukan Gergasi Asia Sebagai Langkah Persiapan
Segalanya bermula apabila sebuah laman tidak rasmi telah membuat laporan tentang kejayaan Sheikh Jassim menjadi pemilik baharu Man United.
Dan berita itu dikongsikan semula oleh laman berita Al Watan yang ada verification.
Laporan Al Watan itu membuatkan ramai peminat Man United percaya bahawa Sheikh Jassim sudah memenangi persaingan mendapatkan Man United.
Seorang usahawan Qatar, Zaid Al Hamdan turut mengucapkan tahniah kepada Sheikh Jassim di atas kejayaannya menjadi pemilik baharu Manchester United.
Akibat terlalu banyak laporan yang menyatakan bahawa Sheikh Jassim sudah berjaya memiliki Man United, akhirnya kem Sheikh Jassim mengeluarkan kenyataan rasmi.
Wartawan Kaveh Solhekol melaporkan bahawa, kem Sheikh Jassim menganggap laporan Al Watan sebagai spekulasi semata mata dan tidak berasas.
Sky Sports News understands that reports suggesting Sheikh Jassim has won the race to buy Manchester United are premature 🔴❌ pic.twitter.com/GZBPxVc9Us
— Sky Sports News (@SkySportsNews) June 13, 2023
Sheikh Jassim sudah menghantar bidaan kelima mereka minggu lalu. Malangnya, sehingga Selasa (semalam), pihak Glazer masih tidak memberikan sebarang respon.
Pihak Sheikh Jassim masih menunggun Glazer memberikan respon ke atas bidaan mereka itu.
Namun begitu, peminat Man United masih boleh merasa lega kerana Sheikh Jassim dikatakan masih bersemangat dan tidak berputus asa dalam usahanya mahu memiliki Manchester United.
Penyokong Manchester United sudah lama menyampah dengan Glazer dan berharap pemilik semasa kelab mereka itu benar benar berambus pada kali ini.