Barcelona sudah lama dikaitkan dengan Raheem Sterling. Terbaru, Marca melaporkan bahawa Barca mengintai khidmat 3 pemain iaitu Raheem Sterling, Timo Werner dan Edinson Cavani.
Barcelona mahu membawa masuk pemain pemain baharu pada Januari ini secara pinjaman kerana kekangan kewangan yang melanda kelab.
Barcelona Mahukan Raheem Sterling, Timo Werner Dan Edinson Cavani Januari Ini
Pep Guardiola sendiri sudah memberikan komen tentang berita yang mengaitkan Barca dengan Sterling. Dengan menyatakan bahawa beliau yakin Barcelona akan menarik minat mana mana pemainnya jika kelab itu mahukan mereka.
Guardiola berkata: “Saya tidak tahu menahu tentang perkara itu. Barcelona kelab yang terus menarik. Dan jika mereka mahukan mana mana pemain kami, mereka pasti akan mampu mendapatkannya.”
Walaubagaimanapun, Xavi ada senarai keutamaan beliau tersendiri. Xavi meletakkan dua nama dalam senarai teratas untuk senarai dimahukannya iaitu Ferran Torres dan juga Dani Olmo.
Hal ini kerana, menurut Xavi, dua pemain tersebut menepati kriteria pemain yang sesuai dengan sistem beliau.
Kedua dua pemain memiliki mentaliti menyerang dan bertahan secara berpasukan yang sangat baik. Itu yang dilihat oleh Xavi sebagai kekuatan yang akan membantu mengukuhkan sistem permainan Barca.
🚨 Xavi wants to sign a winger this winter for Barcelona: Dani Olmo and Ferran Torres are top of his transfer wish-list.
(Source: Mundo Deportivo) pic.twitter.com/NMOszIgZ9N
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) November 11, 2021
Walaubagaimanapun, Raheem Sterling masih lagi di dalam pertimbangan Xavi jika gagal mendapatkan Ferran Torres.
Berdasarkan situasi semasa, agak sukar untuk Barcelona mendapatkan Ferran Torres. Ini kerana Pep Guardiola sangat menggemari pemain itu. Dan Ferran Torres sangat selesa di Man City.
Untuk situasi Dani Olmo pula, situasinya juga agak rumit kerana RB Leipzig mungkin akan menolak perjanjian pinjaman.
Baca juga artikel
Pogba Sedia Terus Kekal Dengan Gaji £500K Seminggu, Lebih Tinggi Dari Ronaldo