Barcelona sedia untuk membawa masuk bintang baharu ke dalam pasukan mereka pada Januari ini.
Tiga nama dalam senarai Barca adalah Raheem Sterling, Timo Werner dan penyerang veteran United, Edinson Cavani.
Barcelona kehilangan khidmat Sergio Aguero yang mengalami masalah jantung.
Seterusnya, Raheem Sterling dianggap solusi kepada masalah kecederaan yang berterusan dialami oleh Ousmane Dembele dan Ansu Fati.
Oleh kerana situasi kewangan mereka yang agak tenat, maka Barcelona akan cuba untuk mendapatkan pemain pemain terseburt secara pinjaman.
Fc Barcelona will sign a forward in January; most likely on a loan deal. The club is considering the following players:
Raheem Sterling.
Edinson Cavani.
Timo Warner. pic.twitter.com/lfKu1YPVh8— llbarca (@Quotesad8Sad) November 10, 2021
Pep Guardiola turut memberikan komen tentang situasi Sterling yang dikaitkan dengan kelab kesayangannya itu.
Guardiola menyatakan: “Jujurnya saya tak tahu pun tentang perkara itu. Saya tak tahu apa apa langsung. ”
“Jika Barcelona mahukan mana mana pemain kami, saya yakin mereka akan mendapatkannya. Barcelona adalah kelab yang terus menarik dan lebih daripada sekadar itu.”
Pep Guardiola on Raheem Sterling to Barcelona rumours: “Honestly I have no idea. I don’t know anything… Not that I would tell you anyway. If Barcelona are interested in any of our players, I’m convinced they can get them. Barça continues to be attractive, more than attractive…”
— City Xtra (@City_Xtra) November 9, 2021
Sementara itu, Barcelona turut sedia untuk menamatkan awal perjanjian pinjaman, dan mengembalikan semula Luuk De Jong ke Sevilla. Pemain yang baru dibawa masuk Ronald Koeman pada perpindahan yang lalu.
🚨 Barcelona are already looking into offloading Luuk de Jong. Ronald Koeman was the man who made the signing so he could be moved on in January as the Liga giants look to cut an initial loan agreement short.
(Source: SPORT) pic.twitter.com/X0sYr7yEKp
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) November 5, 2021
Barcelona kini diuruskan oleh Xavi Hernandez. Misi utama Xavi adalah cuba meletakkan Barca kembali ke kedudukan kelompok teratas liga. Ini kerana, jika gagal ke UCL musim hadapan, malapetaka lebih besar akan dihadapi Barcelona kerana kehilangan wang penaja yang besar.