Kehadiran Xavi di Barcelona sebagai pengurus sudah pun diumumkan secara rasmi. Dan beliau serta merta memulakan tugasannya.
Xavi mengenakan enam peraturan khas termasuk mengawal pergerakan pemain senior seperti Pique yang merupakan rakan baiknya ketika sama pasukan sebagai pemain.
Apakah enam peraturan khas itu?
Pertamanya, Pique tidak lagi dibenarkan pergi terbang sesuka hati tanpa pengetahuan kelab ketika minggu perlawanan. Pemain pemain lain turut akan dipantau pergerakan mereka,
In selepas Pique ditahan oleh pihak berkuasa kerana melanggar peraturan koronavirus dengan tidak memakai pelitup muka ketika ke Madrid.
Seterusnya, para pemain diminta untuk berada di pusat latihan lebih lama daripada sebelum ini. Tambahan waktu itu dibuat, di mana pemain diminta harid 2 jam lebih awal sebelum sesi taklimat latihan.
Peraturan ini sudah pun dikuatkuasakan pada sesi pertama Xavi berucap dalam sidang media pengenalan. Di mana para pemain tiba 2 jam lebih awal.
Ketiga, para pemain tidak lagi dibenarkan mengupah jurulatih kecergasan sendiri. Di mana kesemua adalah di bawah kendalian kelab selepas ini.
Ini penting untuk memastikan para pemain lebih banyak masa bersama di kompleks latihan kelab.
Keempat, para staf daripada perkhidmatan perubatan, kontrak mereka akan diperbaharui untuk membolehkan kelab meneruskan proses pemulihan pemain. Barcelona berdepan banyak masalah kecederaan ketika ini.
Yang kelima, para pemain perlu patuh kepada arahan taktikal Xavi. Pemain tidak boleh mempertikaikan sistem dan falsafah permainan yang akan diterapkan di Barcelona.
🚨 Los 6 cambios que va a hacer Xavi en el @FCBarcelona_es
✈️ No más viajes Piqué
🥅 Más horas en la Ciudad Deportiva
🏋️🏽 No al entrenamiento personal
🏥 Renovación servicios médicos
✨ El estilo no se negocia
📲 Control de las redes sociales📺 #ElGranDebate pic.twitter.com/O6vcm4Ah94
— Directo Gol (@DirectoGol) November 8, 2021
Xavi dijangka akan menggunakan sistem permainan mirip Pep Guardiola dengan formasi utama 4-3-3 yang sinonim dengan Barcelona.
Dan yang terakhir sekali adalah mengawal penggunaan media sosial di kalangan pemain.