Frenkie de Jong berharap dia akan terus bermain dan sudah tidak peduli posisi apa.
Baca Juga:
- Real Madrid vs Barcelona: Los Blancos Garang ‘Takluk’ El Clasico
- Barca Mahu Batalkan Kontrak Semasa De Jong Kerana Ada Unsur Jenayah
- Seedorf Tuduh Barcelona Suka Mempengaruhi Pengadil: “Ia Memang Tabiat Mereka Dari Dulu”
Frenkie de Jong kembali ke kesebelasan utama Barcelona menentang Villarreal dan membantu Barca menang 3-0.
Aksi Barcelona kali ini jauh lebih baik secara keseluruhannya berbanding dengan aksi ketika tewas di tangan Real Madrid minggu lalu.
Xavi turut melakukan beberapa perubahan dalam kesebelasan utama.
De Jong bermain di posisi kegemarannya sebagai pivot, menggantikan peranan Sergio Busquets.
Dia sekali lagi menggunakan kesempatan yang ada untuk meyakinkan Xavi. Ternyata De Jong benar benar membantu memberikan lebih tenaga dan mengawal tempo untuk Barcelona.
De Jong telah menjadi pemain yang banyak disisihkan Xavi daripada kesebelasan utama musim ini.
Dan dia bergelut untuk mendapatkan keyakinan pengurus itu. Sebelum ini Xavi pernah menyenaraikan De Jong untuk dijual.
Dengan Manchester United berminat mendapatkan pemain itu. Malangnya De Jong terus berkeras tidak mahu berpindah.
Musim ini Xavi masih memberikan kepercayaan kepada Busquets dengan digandingkan bersama Pedri dan Gavi.
Walaupun jarang sesekali dapat tempat di kesebelasan utama, pemain itu menunjukkan kualiti beliau.
De Jong menegaskan bahawa perlawanan itu penting untuk Barca. Lebih lebih lagi selepas mereka ditewaskan dalam el clasico di tangan musuh tradisi Real Madrid.
Dengan Piala Dunia 2022 yang semakin hampir, pemain itu berharap akan terus mendapat minit permainan.
De Jong turut menegaskan bahawa dia sudah tak peduli lagi dengan posisi yang dia akan mainkan.
Xavi sebelum ini pernah menyatakan bahawa De Jong antara pilihan untuk bermain di bek tengah. Sama seperti posisinya ketika beberapa aksi pra musim yang lalu.
De Jong berkata: “Selepas keputusan buruk menentang Inter dan Real Madrid, kami memerlukan kemenangan. Jika anda menang, suasana di bilik persalinan jauh lebih baik, semangat anda meningkat.”
“Villarreal adalah pasukan yang sangat bagus dan untuk itu kami bermain dengan sangat baik. 3-0 pada separuh masa pertama adalah sangat baik.”
“Saya tidak kisah di mana saya bermain, tetapi jelas saya berasa selesa terutama sekali ketika saya berpeluang menyentuh bola lebih banyak.“
“Dan malam ini saya mendapat banyak peluang untuk menyentuh bola,” katanya.
Walaupun dia tidak dapat meneruskan perlawanan untuk 90 minit, De Jong menyatakan bahawa dia baik baik sahaja.
Xavi berpuas hati dengan prestasi De Jong dengan menganggap pemain itu berjaya meyakinkannya ketika berada di tengah.
Xavi on Frenkie de Jong: "He convinces me to be in the middle of the midfield for this team, he was very good and I'm so happy for him". 🔵🔴 #FCB
Frenkie had 95% passing accuracy, 100% ground and aerial duels won. pic.twitter.com/k3v8beLNxR
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 21, 2022