Kelab bola sepak di Jepun, seperti mana yang kita tahu kebanyakannya berasaskan komuniti setempat dan lebih menarik lagi mereka sudah membahagikan kawasan-kawasan tertentu sebagai ‘hometown‘ setiap kelab profesional.

VOCKET FC hari ini mahu membawa pembaca semua untuk melihat sebuah kelab yang beraksi dalam saingan divisyen 3 – J3 League, dimana kelab ini memiliki sekitar 554 official partners yang terbahagi kepada beberapa kategori yang ditetapkan oleh kelab.

Sekali lagi hari ini, kami mengetengahkan kelab yang kini menjadi destinasi Hadi Fayyadh iaitu Azul Claro Numazu sebagai contoh bagaimana Jepun ‘setting‘ kelab mereka untuk menjadi sebuah kelab yang sustainable.

Dibawah ini kami senaraikan jenis-jenis kategori official partners atau penajaan yang digunapakai oleh Azul Claro Numazu;

  • Uniform Sponsor (Uniform adalah panggilan kepada Jersi)
  • Official Supplier
  • Suit Supplier
  • Broadcasting Partner
  • Training Wear Sponsor
  • E-Commerce Platform Sponsor
  • Hometown Wear Sponsor
  • Bench Banner Sponsor
  • Stadium Mainstand Sponsor
  • Stadium Backstand Sponsor
  • Referee Bench Sponsor
  • A-Board Gold Sponsor
  • A-Board Silver Sponsor
  • A-Board Bronze Sponsor

Ini adalah sebahagian besar dari kategori-kategori yang telah ditetapkan oleh Azul Claro Numazu. Masih ada lagi beberapa kategori untuk venue lain yang kelab miliki dan secara keseluruhannya berjumlah 554 official partners yang terdiri dari SME tempatan dalam komuniti mereka.

ABG

Gambar diatas ini adalah senarai syarikat-syarikat yang telah setuju untuk menyokong kelab dalam kategori A-Board Gold Sponsor, dimana ada sebanyak 57 buah syarikat semuanya.

ABS

Ini pula adalah penaja A-Board dalam kategori Silver, dan jika diperhatikan ada 42 buah syarikat kesemuanya.

ABB

Gambar diatas ini menarik sebenarnya kerana ia adalah senarai penaja yang berada dalam kategori Bronze.

Seperti penaja Gold dan Silver, logo syarikat dipaparkan namun bagi kategori Bronze ini tidak diletakkan sebegitu kerana terlalu banyak syarikat dalam kategori ini. Jumlah keseluruhan penaja kategori Bronze ini sahaja adalah 210 buah syarikat.

Senarai penuh boleh dilihat dipautan penaja kelab.

Berdasarkan dengan jumlah penaja serta official partners yang mereka miliki ini, tidak hairanlah Azul Claro Numazu mampu mencatatkan revenue dari sponsorship sekitar JPY220,000,000 atau RM8.58 juta – mengikut data 2019.

numazu

Dan perlu kita ingat kelab ini hanyalah kelab divisyen 3!

Semua kelab bola sepak di Jepun menggunakan pendekatan sebegini tidak kira pasukan itu beraksi dalam liga profesional, amatur atau kelab sosial dan banyak syarikat turut memberikan sokongan kepada mereka bagi menghidupkan industri bola sepak itu sendiri.

Dari nilai setiap jenis kategori itu pula, terpulang kepada kelab untuk meletakkan berapa harganya selagi mana ia mampu membantu kelab meneruskan operasi dengan lancar ia sudah dikira cukup baik dan berkemungkinan juga akan disemak kembali sekiranya perlu.

Walau bagaimanapun, pihak kelab perlu cekap merencanakan program atau aktiviti yang berkaitan untuk menarik serta memberikan perkhidmatan yang sepatutnya kepada syarikat-syarikat ini bagi menghargai mereka dan bukan sekadar goyang kaki.

Inilah antara resipi kejayaan industri bola sepak Jepun yang mungkin tidak ramai tahu.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

“6 Tahun di Malaysia, Kemampuan Individu Pemain Malaysia Masih Dibawah Indonesia.”- Jaino Matos

Hadi Fayyadh Diperkenalkan Sebagai Pemain Azul Claro Numazu, Pakai Jersi Nombor 27 Musim 2021

Pendapatan Kelab J1 League Bernilai RM3.48 Bilion, Hasil Merchandise Hanya Menyumbang 8.81% Sahaja