Selepas mengumumkan senarai lengkap skuad Azul Claro Numazu musim 2021, hari ini kelab tersebut telah mula membuka tempahan jersi ‘player issue’ lengkap beserta pilihan nameset pemain kegemaran.
Menurut laman web rasmi Azul Claro Numazu, tempahan tersebut bermula pada jam 10 pagi tadi dan akan ditutup pada 31 Januari 2020 tepat jam 5 petang. Semua tempahan yang dibuat dalam tempoh ini akan mula dihantar sekitar pertengahan bulan Mac 2020 nanti.
Apa yang menariknya adalah harga bagi sehelai jersi Azul Claro Numazu ‘player issue’ lengkap dengan nameset pemain dijual pada harga JPY18,150 atau kira-kira RM707 sehelai!
Hadi Fayyadh yang menyertai Azul Claro Numazu secara pinjaman dari Fagiano Okayama akan memakai jersi nombor 27 dan menggunakan nama rasmi ‘FAYYADH’ seperti yang diumumkan oleh kelab tersebut.
Gambar dibawah ini adalah ketika majlis pengenalan pemain-pemain kelab Azul Claro Numazu semalam menampilkan 10 orang pemain baharu yang menyertai pasukan tersebut mulai musim 2021, dimana mereka turut memperagakan jersi terkini kelab.
Mungkin ada yang melihat harga jersi kelab Jepun agak mahal berbanding jersi kelab di eropah namun itulah realiti yang perlu kita terima bahawa ia sebenarnya harga ‘standard’ semua kelab disana terutamanya kelab profesional yang beraksi dalam saingan J.League.
Itu PRIDE jersi kelab mereka yang sentiasa dijaga dan menerima sokongan padu peminat disana.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.
“6 Tahun di Malaysia, Kemampuan Individu Pemain Malaysia Masih Dibawah Indonesia.”- Jaino Matos
Chanathip Songkrasin Di Ranking Ke-5 Senarai Jualan Jersi Paling Laris Kelab Consadole Sapporo
Allee Putra Mahu Terus Kekal Di Sepanyol, Kejar Peluang Beraksi Bersama Pasukan Profesional