Pemain pertama Malaysia yang diikat oleh kelab J.League, Hadi Fayyadh telah diumumkan secara rasmi sebagai salah seorang dari 10 pemain baharu kelab J3 League, Azul Claro Numazu untuk aksi musim 2021.
Berdasarkan kemaskini yang dibuat oleh pihak kelab Azul Claro Numazu, senarai penuh pemain skuad utama kelab menunjukkan bahawa Hadi Fayyadh diberikan jersi nombor 27 untuk musim hadapan.
Apa yang menariknya, jika diperhatikan dari ketinggian pemain dalam skuad Azul Claro Numazu ini, Hadi Fayyadh adalah pemain ke-3 paling tinggi dengan 186 cm dan berada dibelakang pemain pertahanan Koki Inoue (190 cm) dan penjaga gol mereka Masataka Nomura (188 cm).
Selain itu, jika dapat diperhatikan dengan lebih teliti, 19 pemain yang kekal bersama skuad Azul Claro Numazu ini rata-rata adalah pemain yang memasuki tahun kedua (8 pemain) bersama kelab dan paling lama adalah 6 musim (2 pemain).
Daripada 10 pemain baharu, 4 orang adalah bekas pelajar universiti dan 1 orang adalah dari pasukan sekolah tinggi seperti dibawah;
Pemain Universiti:
- Ryoma Kita – Kantou Gakuin Universiti
- Ryusei Ito – Kanoya Taiiku Universiti
- Shunichiro Nishikawa – Kyoto Sangyo Universiti
- Terukazu Shinozaki – Sangyo Noritsu Universiti/li>
Pemain Sekolah Tinggi
- Haruto Kawamae – Iizuka High School
Dengan perpindahan secara pinjaman ini, kami yakin Hadi Fayyadh akan berjaya mencari minit permainan dalam J3 League serta akan muncul sebagai pemain pertama dari Malaysia yang melakukan debut di J.League.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.
Allee Putra Mahu Terus Kekal Di Sepanyol, Kejar Peluang Beraksi Bersama Pasukan Profesional
Accra Lions FC Umumkan 2 Pemain Muda Mereka Dipinjamkan Ke Pasukan Selangor FC II Musim 2021
Kelab Kemboja Ini Berjaya Raih ‘Sumbangan’ Lebih RM100,000 Dalam Tempoh Kurang 10 Hari