Baru-baru ini, penyerang muda negara, Hadi Fayyadh mencipta sejarah apabila muncul sebagai pemain Malaysia pertama yang turun beraksi secara rasmi dalam saingan J.League.
Hadi diletakkan sebagai pemain simpanan buat kali pertama dalam aksi J3 League dan beliau dimasukkan pada minit ke-83 pada perlawanan menentang Vanraure Hachinohe dan Azul Claro berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 keatas bekas kelab pemain pertahanan Kelantan United, Shuhei Fukai.
Hadi Fayyadh is IN!!! 🔄
👤🇲🇾 The Malaysian player had his debut for Azul Claro Numazu in the 84th minute against Vanraure Hachinohe today.
© J.LEAGUE – All Rights Reserved #JLEAGUE pic.twitter.com/zNfCuSs0Cb
— J.LEAGUE Official (English) (@J_League_En) April 21, 2022
Mengulas lanjut mengenai penampilan pertama Hadi bersama Azul Claro, Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada berkata Hadi mempunyai kekuatan mental yang cukup baik tatkala beliau sering menerima kritikan dari segelintir peminat di Malaysia sejak beraksi di Jepun pada 2018.
“Kekuatan mental dia sangat baik walaupun ada segelintir peminat Malaysia yang mengkritik beliau ketika beraksi di Jepun sejak Disember 2018.
”Hadi Fayyadh telah mencapai impian dengan beraksi di saingan J. League dan saya berharap beliau terus menampilkan prestasi terbaik di sana,” kata Hamada.
His mental is very tough even though some Malaysian netizens have been attacking him during his training in Japan for more than three years since Dec 2018. #HadiFayyadh grabbed his dream to play in J-league and hoping he will continue on showing a good performance in 🇯🇵&🇲🇾
— Hamada🇯🇵🇲🇾🇮🇳 (@hamariver05281) April 21, 2022
Berdasarkan rekod rasmi yang dikeluarkan oleh J.League Data Stats, Hadi kini memiliki 6 minit permainan dalam liga bola sepak profesional Jepun selepas beliau menyertai bersama Fagiano Okayama pada 2018 yang lalu.
Sebelum ini 2 pemain Malaysia iaitu Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim pernah bersama kelab FC Ryukyu tetapi pada ketika itu saingan J3 League masih belum wujud, dan Wan Zack Haikal telah beberapa kali diturunkan dalam aksi Japan Football League (JFL).
JFL pada ketika itu merupakan saingan tier ke-3 dalam hierarki bola sepak Jepun, namun sejak kewujudan J3 League, JFL sekarang merupakan saingan tier ke-4 di negara matahari terbit itu.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
Kawasaki Frontale Gagal Buat ‘Shot On Target’ Buat Kali Pertama Dalam J1 League Dan ACL Sejak 2017
Toru Oniki:”Perasaan Kecewa Memang Kuat, Kami Akan Bersiap Untuk 3 Mata Ahad Ini!”
Hadi Fayyadh Cipta Sejarah Pemain Malaysia Pertama Turun Beraksi Dalam Saingan J.League!