Penyerang skuad B-22 tahun negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak menegaskan bahasa Jepun tidak lagi menjadi penghalang kepada beliau sekaligus dapat menjalankan segala urusan dengan lancar bersama kelab J. League, Fagiano Okayama.

Menurut Hadi, beliau kini lebih memahami arahan staf kejurulatihan terutamanya ketika sesi latihan kerana sudah menguasai bahasa Jepun dengan baik.

Bahasa
Sumber Gambar: FAM

“Bola sepak memang mudah difahami dengan apa apa bahasa sekalipun tetapi kita tahu mereka lebih suka berbahasa Jepun. Jadi di sini saya perlu menguasai bahasa mereka.

“Mulanya memang agak sukar tetapi sekarang saya tahu dan lebih memahami apa yang jurulatih mahukan. Tiada yang mustahil dan saya akan bekerja keras mendapatkan tempat dalam skuad utama.

“Bermain di sana tidak mudah kerana kita tahu saingan dengan pemain Jepun sememangnya sengit,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Bahasa
Sumber Gambar: FAM

Yakult Malaysia memerankan peranan besar dalam usaha Hadi untuk fasih berbahasa Jepun apabila memberikan kelas bahasa untuk bekas pemain Johor Darul Ta’zim itu.

Baru-baru ini, Hadi menandatangani kontrak lanjutan selama setahun sekaligus mengekalkan beliau dalam saingan J2 bagi musim 2020.

Tambah Hadi Fayyadh, beliau akan kembali ke Fagiano dalam tempoh dua minggu lagi dan ketika ini sedang membuat latihan ringan sepanjang berada di Malaysia.

Baca artikel lain mengenai Hadi Fayyadh di sini:

Yakult Teruskan Penajaan Hadi Fayyadh, Sambung Kontrak 1 Tahun Bersama Fagiano Okayama

Hadi Fayyadh Akui Kurang Dapat Minit Permainan Bersama Fagiano Okayama

Kelab Jepun Lebih Stabil Kerana Penaja – Hadi Fayyadh