Astro dalam satu kenyataan rasmi hari ini mengesahkan bahawa mereka telah berjaya ‘secured‘ hak penyiaran semua 28 perlawanan yang melibatkan pasukan Azul Claro Numazu dimana Hadi Fayyadh sedang beraksi secara pinjaman ketika ini.

Hadi Fayyadh yang memakai jersi nombor 27 bersama Azul Claro Numazu itu dijangka akan muncul sebagai pemain pertama dari Malaysia melakukan debut atau penampilan pertama dalam saingan J.League sejak dimulakan pada 1993.

Selepas 2 tahun bersama Fagiano Okayama, Hadi dipinjamkan selama 1 musim ke kelab yang berpangkalan di Numazu, Shizuoka itu untuk mendapatkan minit permainan dan pengalaman.

jika diperhatikan dari ketinggian pemain dalam skuad Azul Claro Numazu ini, Hadi Fayyadh adalah pemain ke-3 paling tinggi dengan 186 cm dan berada dibelakang pemain pertahanan Koki Inoue (190 cm) dan penjaga gol mereka Masataka Nomura (188 cm).

EsEUjnnVQAAt4Xs

Perlawanan saingan J3 League melibatkan kelab Azul Claro Numazu itu akan mula ditayangkan secara langsung mulai esok 20 Mac pada jam 12 tengahari dimana kelab itu akan berdepan dengan FC Imabari serta diikuti perlawanan bertemu YSCC Yokohama pada 4 April 2021 disaluran Astro Arena 801 dan 802.

Adakah Penalti Ke-2 JDT Sepatutnya ‘Retake’, Kedudukan Kaki Khairulazhan Jadi Tanda Tanya.

Dollah Salleh: “Saya Sangat Berpuas Hati Dengan Lee Tuck, Tukar Posisi Herold Goulon Atasi Kelemahan Pertahanan.”

Netizen Tak Puas Hati Aksi ‘Penerajang’ Adam Reed Hanya Terima Kad Kuning Dari Pengadil