Aksi saingan Liga Super Malaysia LS4 bermula semalam dan sekali lagi rata-rata peminat bola sepak tempatan meluahkan rasa kurang senang dengan keputusan pengadil terutama dalam perlawanan diantara Penang bertemu UiTM.
Kali ini, aksi Adam Reed ketika beliau jelas sudah gagal mengejar larian solo Azwan Aripin dan dengan sengaja menghulurkan ‘penerajang’ sehingga menyebabkan pertahanan Penang itu jatuh dilihat sepatutnya menerima kad merah.
Untuk gambaran lebih jelas, sila tonton video dibawah.
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) March 16, 2021
Selepas melihat aksi ini, ramai peminat bola sepak tempatan yang tidak berpuas hati Adam Reed ‘terlepas’ dengan hanya dilayangkan kad kuning, walaupun jelas apa yang beliau lakukan itu merbahaya dan disengajakan.
straight red, no attempt to play the ball, easy decision. but what is there to be suprised? the level of officiating in the MSL is piss poor. what a joke. @MFL_MY @FAM_Malaysia https://t.co/jLeZDnWyYF
— danial. (@dnlxarf) March 16, 2021
Nampaknya Pengurus Pembangunan Pengadil dan Pengadil Profesional FAM, Nagor Amir Noor Mohamed akan mempunyai satu lagi kes yang mungkin perlu diteliti sebaik mungkin dalam masa terdekat ini.
Seperti yang baru sahaja diumumkan oleh FAM, seorang pengadil Liga Super yang mengendalikan perlawanan diantara PJ City bertemu Melaka United telah digantung tugas selama 2 minggu akibat membuat kesilapan apabila gagal mengesan tindakan pemain PJ City FC, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri melakukan simulasi atau diving dalam kotak penalti Melaka United FC dan tetap dengan keputusannya untuk memberikan sepakan penalti kepada pasukan PJ City FC.
Sama-sama kita nantikan apakah keputusan yang akan dibuat terhadap tindakan ganas Adam Reed itu samada kekal dengan kad kuning atau ada sebarang kemaskini lain.