Lee Zii Jia mempamerkan aksi bertenaga untuk mara pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia 2023 selepas berjaya menundukkan Jonatan Christie pada aksi yang berlangsung di Royal Arena Copenhagen, Denmark sebentar tadi.
Baca Juga:
- Kejohanan Dunia 2023: Goh Jin Wei Lepasi Cabaran Awal
- Kejohanan Dunia 2023: Cabaran Getir Bakal Dihadapi Zii Jia, Tze Yong Di Pusingan Pertama
- Roslin Hashim Beri Bayangan Terdapat ‘Parasit’ Dalam Badminton Negara
Berdepan lawan yang merupakan pemain ranking kelima dunia jelas tidak langsung menggentarkan semangat Zii Jia untuk melakar kemenangan ‘straight set’.
Selepas terikat 5-5 pada peringkat awal, Lee Zii Jia tampil dengan lebih baik untuk memimpin permainan bagi memenangi set pertama dengan keputusan 21-13.
Christie kemudiannya mendapat keyakinan dengan mendahului 4-0 dan 6-2 tetapi Zii Jia tidak membenarkan lawan tersebut untuk meninggalkannya dengan lebih jauh bagi mengikat kedudukan 8-8.
Bagaikan moral yang semakin meningkat, Lee Zii Jia tidak memandang ke belakang lagi untuk mengesahkan kemenangan dengan mata 21-15.
Ia merupakan kemenangan keempat berturut-turut Zii Jia ke atas Jonatan Christie dimana mereka telah bertemu sesama sendiri sebanyak lapan kali.
Menanti Zii Jia di pusingan kedua pada hari Rabu nanti ialah Brian Yang dari Kanada yang tidak perlu mengerah keringat selepas lawannya, Kai Schafer menarik diri akibat kecederaan ketika kedudukan 11-3.
Sementara itu, perjalanan S. Kisona terhenti di pusingan pertama selepas beliau tunduk ditangan Pai Yu Po dari Chinese Taipei pada aksi yang berlangsung ‘rubber set’ 22-20, 19-21, 13-21.
Sebentar lagi Ng Tze Yong pula akan membawa cabaran negara apabila bakal berhadapan dengan Zhao Jun Peng.