Pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia mengiringi Ng Tze Yong ke suku akhir All England 2023 selepas berjaya menundukkan wakil Jepun, Kenta Nishimoto pada aksi yang berlangsung di Birmingham sebentar tadi.
Baca Juga:
- Chong Wei Nasihati Lee Zii Jia Selesaikan Masalah Yang Boleh Ganggu Prestasi
- All England 2023: Zii Jia Mara, Aaron-Wooi Yik Tersingkir Awal
- Terbuka India 2023: Pemain Ranking Ke-22 Dunia Kecewakan Lee Zii Jia
Kemenangan tersebut sekali gus menyaksikan rekod pertemuan kedua-dua pemain memihak Zii Jia dengan kelebihan 5-1 dimana pemain negara itu menang pada lima pertemuan terakhir.
Sehubungan dengan kejayaan melepasi pusingan kedua itu, Zii Jia akan bertemu dengan seorang lagi pemain dari Jepun, Kodai Naraoka selepas beliau menundukkan Srikand Kidambi 21-17, 21-15.
Zii Jia yang merupakan juara edisi 2021 tampil dengan cukup baik pada set pertama untuk mencatatkan kemenangan 21-15 walaupun pada satu ketika Nishimoto cuba bangkit mengejar mata.
Permulaan set kedua memperlihatkan Nishimoto cuba untuk memberikan saingan dengan jarak mata yang rapat dapat disaksikan bagi Zii Jia memegang kelebihan 11-8.
Tetapi selepas rehat ‘interval’, Lee Zii Jia jelas amat sukar digugat apabila mempamerkan corak permainan lebih kemas dan tenang sekali gus mengesahkan kemenangan ‘straight set’ dengan keputusan 21-10.
Seperti dilaporkan malam tadi, Ng Tze Yong terlebih dahulu mengesahkan tempat ke suku akhir susulan kejutan dilakarkannya ke atas pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dengan kemenangan 21-15, 9-21, 23-21.
Sementara itu, gandingan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula tidak dapat meneruskan kemaraan selepas tunduk kepada lawan masing-masing.