Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yakin skuad kendalian Aidil Sharin Sahak mampu memberi saingan sengit dalam Liga Malaysia musim ini.
Setelah dua tahun berturut-turut bergelar naib juara, Kedah kali ini menyasarkan untuk muncul sebagai Juara Liga Super 2022 dan tekad menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang merupakan juara Liga Super sebanyak 8 kali.
Malah, Sanusi menjelaskan sasaran itu tidak mustahil untuk dicapai jika pasukan tersebut mempunyai sumber kewangan yang kukuh.
“Kita punya sasaran sudah tentu untuk menewaskan JDT dan menjuarai Liga Super musim ini. Cuma ada sedikit kesukaran kerana kekurangan dana yang dihadapi oleh pasukan.
“Kita punya adunan tu cukup hebat. Orang Kedah ini kalau kata pulun itu memang habislah, tak ada apa dah halangan di depan. Tinggal lagi masalah itu saja (masalah dana). Saya rasa JDT bukan lawan kita lagi kalau cukup.
“InsyaAllah bukan mustahil. Kita akan jadi juara Liga Super,” kata Sanusi dalam sidang media selepas Majlis memperkenalkan penaja dan rakan rasmi KDA FC musim 2022.
Pada majlis itu, Muhammad Sanusi turut mengumumkan pasukan Kedah Darul Aman (KDA FC) kini kembali dikenali sebagai Sang Kenari.
“Skuad KDA FC akan menggunakan nama Sang Kenari bermula musim ini seperti yang pernah dilakukan pada skuad Kedah yang lepas. Panggilan Helang Merah adalah kekal menjadi milik KFA,” jelasnya.
Welcome back Sang Kenari!!!🔰#KDAFC#PulunKedahPulun#SangKenari pic.twitter.com/s6rsEGsK0d
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) February 9, 2022
Penaung KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar turut mengesahkan pasukan itu menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya satu piala berdasarkan pencapaian pada musim lalu.
“Kita cuba sasarkan juara piala liga dan juga salah satu pertandingan sama ada Piala FA atau Piala Malaysia, satu piala.
“Kita sudah dua tahun di kedudukan kedua, jadi mungkin ada peningkatan dan itu biasa dalam sebarang industri pun. Tahun ini, Insya-Allah berkat dokongan Datuk Seri dan semua penyokong Kedah kita nak pulun habis-habisan,” katanya.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
Selangor Lancar Jersi ‘Away’ Musim 2022 Sempena Solidariti Bersama Pesakit Kanser Di Dunia
Melaka United Buat Kejutan, Umum Mat Yo Sebagai Pemain Baharu
Pemain Pertahanan Andorra Lengkapkan Kuota Pemain Import Kedah
Lim Teong Kim Nafi Minta Gaji Tinggi, TMJ Balas “Jangan Nak Temberang”
Tiga Pasukan Liga Super Bakal Berentap Dalam Piala Menteri Besar Terengganu