Kuota pemain import Kelab Bola Sepak Kedah Darul Amain (KDA FC) kini sudah lengkap sepenuhnya selepas mereka mengumumkan kemasukan pemain pertahanan baharu, Marc Vales Gonzalez semalam.
Pemain yang berusia 31 tahun itu telah mengisi slot pemain import kuota antarabangsa ke-3 KDA FC. Sebelum ini kelab itu telah menandatangani Dechi Marcel N’guessan, Ronald Ngah Wanja (Kuota Antarabangsa), Jang Suk-Won (Kuota Asia) dan Dennis Buschening (Kuota Asean) sebagai 4 pemain import skuad hijaukuning.
Welcome boy, this is where you belong …#kdafc #2022season #newblood pic.twitter.com/dZloRcYCmo
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) January 29, 2022
Marc Vales merupakan pemain pertahanan skuad kebangsaan Andorra dan pernah beraksi di Spain, Finland, Norway dan Andorra. Kehadiran beliau memberi keterujaan buat peminat dengan reputasinya yang pernah beraksi di peringkat tertinggi eropah.
Kelab diwakilinya sebelum ini adalah Sandefjord Fotball (Norway) sejak 2018 dan menjaringkan 4 gol buat kelab tersebut.
Kedah juga merupakan pasukan pertama dari Asia yang disertainya dan mungkin memerlukan sedikit masa untuk memahami budaya bola sepak Malaysia.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
Lim Teong Kim Nafi Minta Gaji Tinggi, TMJ Balas “Jangan Nak Temberang”
Tiada Lagi Zainal Abidin, Melaka United Umum Risto Vidaković Sebagai Ketua Jurulatih Baharu
Tiga Pasukan Liga Super Bakal Berentap Dalam Piala Menteri Besar Terengganu
FAM Dapat RM10 Juta Daripada Kerajaan Untuk Pembangunan Bola Sepak