Kejohanan Bolasepak 4 Penjuru Piala YAB Menteri Besar Terengganu kini kembali menemui para peminat bolasepak pada tahun ini. Kejohanan yang dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) ini bakal berlangsung selama 5 hari bermula pada 5 Februari hingga 9 Februari 2022
Kejohanan ini akan dilangsungkan di dua venue perlawanan iaitu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan juga Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Sepak mula semua perlawanan ialah pada pukul 9.00 malam.
🏆JADUAL PERLAWANAN KEJOHANAN BOLASEPAK 4 PENJURU PIALA YAB MENTERI BESAR TERENGGANU 2022 🏆
🗓 5-9 Februari 2022
🏟 Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin | Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/lafppFCTKd— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) January 23, 2022
Bagaimanapun, belum ada maklumat mengenai kemasukan penyokong ke dalam Stadium dan semua perlawanan itu dijangka akan disiarkan secara langsung melalui laman facebook dengan konsep ‘Pay per View’ (berbayar).
4 Pasukan yang bakal beraksi dalam kejohanan ini adalah Terengganu FC, Terengganu FC II, Sri Pahang FC dan juga Penang Football Club dalam misi merebut kejuaraan disamping memastikan persediaan pra-musim setiap pasukan terus tersusun rapi dengan perlawanan kompetitif untuk menghadapi saingan Liga Malaysia 2022 yang bakal menjelang tiba.
Sudah pasti Kejohanan ini akan menjadi tumpuan para peminat setia untuk melihat aksi pemain import baharu yang dibawa masuk pada musim ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
FAM Dapat RM10 Juta Daripada Kerajaan Untuk Pembangunan Bola Sepak
Fernando Forestieri Jadi ‘Peneman’ Bergson Da Silva Di Jentera Serangan JDT