Identiti individu yang bakal menjadi ‘peneman’ Bergson da Silva bagi mengepalai jentera serangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Malaysia musim 2022 akhirnya terjawab apabila Fernando Forestieri diumumkan sebagai pemain baharu.
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini memberi bayangan akan ‘memancing’ pemain dari Serie A selepas Bergson mengatakan dia kesunyian di bahagian hadapan.
Pemain import dari Argentina itu akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Gonzalo Cabrera untuk berganding dengan Bergson dan pemain paling bernilai ABK 21, Arif Aiman di bahagian serangan.
Beliau akan memakai jersi bernombor 45.
FROM SERIE A TO JDT — WELCOME TO THE HOME OF THE SOUTHERN TIGERS! #NewSigning#FernandoForestieri#SerieAtoJDT#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/IJDo7779Nh
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 14, 2022
Forestieri yang berusia 31 tahun itu pernah beraksi bersama skuad bawah 21 tahun Itali. Beliau menyifatkan penghijrahannya ke JDT adalah keputusan yang tepat dan berpeluang merasai pengalaman beraksi dalam pentas elit bola sepak Asia, Liga Juara Juara Asia (ACL).
“Saya telah mendengar dan melihat banyak perkara mengenai projek Bola Sepak JDT, dan saya membuat keputusan inilah hala tuju saya. Saya teruja untuk memulakan perjalanan ini,” katanya.
Lebih menarik, Forestieri juga merupakan bekas rakan sepasukan pemain import Sri Pahang, Manuel Hidalgo ketika beraksi bersama kelab Sheffield Wednesday.
Selain beraksi bersama Udinese dan Sheffield Wednesday, Forestieri kebanyakannya beraksi di Itali bersama Genoa, Siena, Vicenza, Empoli dan Bari. Dia juga pernah beraksi di Sepanyol bersama Malaga serta di England bersama Watford.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
Dibawa Menaiki Limo, Syahmi Safari Sah Milik Harimau Selatan
Kedah Rancang Bina Pusat Latihan Sendiri Lengkap Dengan Hub Prestasi Sukan Dan Perubatan