Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) semalam mengumumkan mereka telah mencapai persetujuan kerjasama dengan KXG Sports Analytics (dibawah pengurusan KDA 1924 Capital) sebagai Rakan Rasmi Hub Prestasi Sukan dan Perubatan KDA FC musim 2022.
Menurut kenyataan rasmi, penglibatan KXG Sports Analytics adalah langkah positif dalam menyokong usaha KDA FC mempertingkatkan kualiti data sains sukan dan proses pemulihan yang lebih saintifik.
Dalam era moden ini, bola sepak juga tidak terkecuali dalam menikmati perubahan dengan penerapan sains sukan bagi meningkatkan prestasi pasukan dan pemain. Kehadiran penganalisis prestasi (Performance Analyst) menjadi salah satu elemen yang dapat diimplementasikan bagi membantu tujuan tersebut.
Selain itu, KDA FC juga dalam perancangan membina kemudahan pasukan dengan mempunyai pusat latihan sendiri dalam tempoh 3 tahun dan hub ini akan berpusat di pusat latihan tersebut bagi dimanfaatkan oleh semua pasukan dibawah naungan KDA FC.
Melalui kerjasama ini, KXG Sports Analytics akan menaja peralatan menjana dan merekod prestasi sukan seperti video analisa SPIIDEO, perisian pengekodan video Nac Sports, Aplikasi data sukan Instat, alat pengukur kesihatan Inbody 270, peralatan Magnetoteraphy dan Ultrasound serta Pemampatan Udara Rapid bagi proses pemulihan pemain dan beberapa gajet elektronik bagi kegunaan pasukan KDA FC.
Anggaran keseluruhan penajaan adalah RM370,000.00. dan ia merupakan langkah pertama mereka untuk menuju ke 1,000 langkah seterusnya.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
Tak Cukup Kompetitif, FIFA Cadang Saingan Liga Malaysia Dijalankan Secara Tiga Pusingan
Scott O’Donell Bakal Diumumkan Sebagai Pengarah Teknikal Baharu FAM?
FAM: Tan Cheng Hoe Sah Letak Jawatan Ketua Jurulatih Malaysia Dengan Persetujuan Bersama
Umbro Penaja Rasmi Jersi Terengganu Selama Dua Musim Dengan Nilai Tajaan RM1.8 Juta