Selepas kejayaan Festival Harimau Malaya di Terengganu pada bulan Jun, kemeriahan tersebut diteruskan dengan penganjuran Karnival Uniti Pestabola Merdeka yang dijangka menarik ribuan peminat bola sepak tempatan.

Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang untuk diadakan sepanjang karnival yang bermula pada 13 Oktober hingga 15 Oktober bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selain gerai jualan dan pameran bermula daripada hari pertama kejohanan Pesta Bola Merdeka yang bakal menemukan pasukan Malaysia menentang India, terdapat empat acara utama karnival untuk semua peminat bola sepak.

1. Pestabola Penalty Challenge
Tarikh: 14 Oktober 2023 (Sabtu)
Masa: 8.00 Pagi
Tempat: Hadapan Gate B, Stadium Nasional Bukit Jalil
Yuran: RM130

2. Harimau Malaya Fun Run
Tarikh: 14 Oktober 2023 (Sabtu)
Masa: 7.30 Pagi
Tempat: Flag Off Gate B, Stadium Nasional Bukit Jalil
Tema Pakaian: Harimau Malaya atau Jersi Malaysia
Yuran: RM20 (Medal, Pek makanan, Cabutan bertuah)
Daftar: http://t2u.asia/e/32901

3. Harimau Malaya Fun Ride
Tarikh: 15 Oktober 2023 (Ahad)
Masa: 7.30 Pagi
Tempat: Flag Off Gate B, Stadium Nasional Bukit Jalil
Tema Pakaian: Harimau Malaya @ Jersi Malaysia
Yuran: RM20 (Medal, Pek makanan, Cabutan bertuah)
Daftar: http://t2u.asia/e/32901

4. Pestabola 3 On 3 Street Soccer
Tarikh: 14 Oktober 2023 (Sabtu) untuk B17
15 Oktober 2023 (Ahad) untuk B12
Masa: 8.00 Pagi
Tempat: Hadapan Gate B, Stadium Nasional Bukit Jalil
Yuran: RM80 (U17) Yuran RM50 (U12)
Daftar: 01139163581/0139677778

Menurut Ahmad Suffian Mamat pengarah Karnival Uniti Pestabola Merdeka, acara ini disokong oleh Kementerian Perpaduan Negara dengan motto ‘Bolasepak Menyatukan Kita’.

“Kami juga jangkakan seramai 100 ribu pengunjung dari seluruh negara bakal datang memeriahkan karnival disamping menyertai pelbagai aktiviti yang telah dirangka”

“Penyertaan untuk pelbagai aktiviti masih dibuka dan mereka yang berminat boleh menghubungi kami untuk pendaftaran dan sebarang maklumat lanjut”, tambah beliau lagi.

Karnival anjuran bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kementerian Perpaduan Negara ini turut mendapat sokongan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) serta Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Dua acara awal telah diadakan bagi mempromosikan kehangatan Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023 iaitu perlawanan bola sepak kategori kanak-kanak dan perlawanan bola sepak amal bersama lagenda bola sepak negara dan selebriti di Stadium Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Sepanjang karnival ini berlangsung, orang ramai turut berpeluang menyertai aktiviti ‘Stadium Tour’ dan bergambar kenangan bersama Piala Pesta Bola Merdeka yang akan dipertontonkan kepada pelawat.