Dua bintang muda England, Phil Foden dan Mason Greenwood terlepas 4 perlawanan antarabangsa apabila didapati bersalah membawa perempuan masuk ke bilik hotel penginapan pasukan.

Tindakan dua pemain yang berusia 19 dan 20 tahun itu telah melanggar salah satu peraturan protokol COVID-19 yang ditetapkan oleh FA England sekaligus disingkirkan daripada skuad itu serta-merta.

Pengurus pasukan, Gareth Southgate mengesahkan perkembangan itu dan kedua-dua pemain ini akan terlepas aksi berdepan Denmark awal pagi esok.

Dua wanita yang dibawa masuk oleh pemain tersebut ialah seorang model dari Iceland, Nadia Sif Lindal Gunnarsdottir bersama sepupunya yang berusia 19 tahun, Lara Clausen.

Mereka mendakwa tidak mengenali Foden namun Nadia telah lama berhubung dengan Mason menerusi media sosial sejak minggu lepas. Malah, kedua-dua wanita itu sempat tidur bersama pemain tersebut untuk satu malam.

“Kami bertemu melalui ‘online’. Saya bercakap dengan Mason sejak beberapa hari lepas sebelum mereka datang ke Iceland. Mereka tidak tempah bilik itu, kami yang tempah dan bayar untuk mereka,” katanya dalam MailOnline. 

Lebih menarik, Nadia juga langsung tidak tahu kedua-dua lelaki yang mereka jumpa merupakan seorang pemain bola sepak profesional dan beliau memohon maaf di atas kesilapan yang berlaku.

“Saya bersimpati terhadap apa yang berlaku.  Kami tak tahu mereka kini sedang dikuarantin.

“Kami juga tak tahu pun siapa Phil. Saya tidak minat bola sepak dan jarang menonton perlawanan bola sepak. Kami juga tidak tahu Mason sebenarnya pemain Manchester United,” jelasnya.

https://twitter.com/TheManUtdWay/status/1302975865215684608?s=20

Skuad England yang tiba di Iceland sejak kelmarin telah diberikan pengecualian daripada proses kuarantin selama 14 hari oleh pihak berkuasa negara itu.

Namun mereka tidak dibenarkan berjumpa sesiapa di luar hotel penginapan dan hanya dibenarkan ke tempat latihan dan tempat perlawanan dalam negara itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak eropah melalui pautan dibawah. 

KV Kortrijk Menjadi Kelab Dengan Peningkatan Pengikut Sosial Media Tertinggi Di Belgium

Bagaimana Sofia Balbi Menyebabkan Juventus Sudi Membayar Suarez RM49.2 Juta Semusim

Tebas Akui Bimbang Messi Pergi, Namun Tolak Dakwaan La Liga Akan Hilang Serinya Tanpa La Pulga