Mason Greenwood dilaporkan telah menerima tawaran daripada kelab Turki yang mahu meminjam pemain itu pada baki musim ini.
Baca Juga:
- Real Madrid vs Barcelona: Gol Sendiri Eder Militao Berikan Kemenangan Buat Barca
- Sri Pahang vs Kelantan: Tok Gajah Mengganas Benam The Red Warriors
- Kuching City vs Selangor: Gergasi Merah Berpesta Gol
Greenwood diberikan kebenaran untuk kembali beraksi selepas dibebaskan daripada semua pertuduhan ke atasnya.
Ini selepas mangsa dilaporkan tidak mahu mengenakan dakwaan ke atas Greenwood.
Walaupun dia sudah dibebaskan daripada pertuduhan, kelabnya, Man United sudah menyatakan bahawa kelab itu akan menilai situasi Greenwood secara dalaman.
Mereka melakukan siasatan mereka sendiri ke atas pemain itu. Ini kerana keganasan domestik yang dilakukan Greenwood jelas ada bukti kukuh dengan video yang disebarkan di media sosial.
Di mana mangsanya, Harriet Robson dilihat berdarah teruk dipukul oleh pemain itu. Dan satu lagi rakaman menunjukkan bahawa Greenwood memaksa teman wanitanya untuk berasmara dengannya, dalam keadaan wanita itu tak rela.
Itu yang membawa kepada dakwaan kes rogol ke atasnya selain daripada keganasan domestik.
Tetapi kini, tiada pertuduhan dibuat di mahkamah selepas ini. Kerana mangsa telah setuju untuk tidak mendakwa Greenwood.
Pasangan itu malah dikatakan sudah kembali semula dan sedia menyambut kelahiran cahaya mata mereka pada hujung tahun ini.
Man United masih dalam proses siasatan dalaman ke atas Greenwood. Mereka mahu mengambil langkah sebaik mungkin kerana ianya melibatkan reputasi dan jenama kelab.
Seterusnya, Erik Ten Hag dikatakan tidak terdesak mahukan pemain itu kembali buat masa ini.
Seterusnya, penaja peribadinya, Nike juga masih tidak menandatangani semula Greenwood sebagai duta mereka pada masa ini.
Kini kelab itu menerima tawaran untuk penyerang sayap serba boleh mereka itu. Yang turut boleh beraksi sebagai no.9.
Manchester United have received loan enquiries for Mason Greenwood from Turkish clubs and clubs with open transfer windows. At present they've not pursued a deal. As per statement when CPS dropped charges they will
'conduct its own process before determining next steps' #MUFC— Mike McGrath (@mcgrathmike) March 2, 2023
Bulan lalu, Persatuan Bola Sepak Turki mengumumkan bahawa jendela perpindahan untuk negara tersebut dilanjutkan lagi atas budi bicara FIFA.
Ini selepas negara itu dilanda gempa bumi yang teruk pada 6 Februari.
Jadi, ada kelab Turki yang berminat mendapatkan Greenwood. Namun Man United dilaporkan masih tidak melayan sebarang urusan untuk Greenwood setakat ini.
Kerana mereka masih dalam proses siasatan ke atas pemain itu.
Beberapa hari selepas Greenwood disahkan bebas daripada pertuduhan, ejen kepada pemain itu mendedahkan bahawa dia lebih tertarik untuk bermain di Liga Super China, jika Man United tidak memerlukan lagi khidmatnya.
Greenwood tidak mahu bermain dengan kelab lain di England. Kerana dia sudah menjangkakan cemuhan dan kutukan yang dia akan terima dalam setiap perlawanan.
Dengan situasi semasa ini, Turki mungkin destinasi yang baik juga jika dia mahu melarikan diri daripada penyokong di England.